Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lagi penduduk di blok Ang Mo Kio dikesan dijangkiti TB

TB
Jul 05, 2016 | 08:20 AM



DUA lagi orang dikhuatiri menghidap batuk kering di blok di Ang Mo Kio tempat enam kes penyakit itu dikenal pasti.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pada Isnin (4 Jul) dua kes aktif yang disyaki itu, yang berpotensi berjangkit, sedang "disusuli bagi rawatan, pemantauan, dan mengesan orang ada berhubungan dengan mereka".



Kementerian itu juga akan menjalankan ujian DNA untuk melihat apakah ia berkaitan dengan kelompok enam kes itu, walaupun "ini mungkin mengambil sedikit masa".



Dalam apa yang digambarkan sebagai "kejadian sangat luar biasa", enam orang di Blok 203, Ang Mo Kio Avenue 3, didiagnosis dijangkiti TB jenis tahan pelbagai ubat sama dalam tempoh empat tahun.



Empat keluarga dalam kes itu berkata mereka tidak mengenali satu sama lain dan tidak berinteraksi. Penyakit itu biasanya memerlukan "hubungan rapat dan berpanjangan" untuk merebak.



Penemuan itu mencetuskan satu ujian kesihatan berjaga-jaga selama empat empat hari di kaki blok tersebut untuk mengesan kes lain. Ujian selesai dijalankan pada 19 Jun, walaupun pusingan kedua lawatan ke rumah untuk menggalak lebih ramai orang menjalani ujian diadakan Sabtu lepas.



Semasa lawatan tersebut, pegawai MOH menawarkan mengambil sampel darah untuk memudahkan ujian bagi penduduk.



Seramai 223 penduduk dan bekas penduduk diuji dalam pusingan pertama. Dianggarkan 350 orang tinggal di blok itu.



Selain dua kes baru yang disyaki, seramai 45 orang didapati berpotensi mempunyai TB jenis pendam. Ini bermakna mereka tidak mempunyai sebarang gejala dan tidak boleh merebakkan penyakit itu.



Ujian juga mengesan tiga orang yang pernah mempunyai TB, tetapi telah selesai rawatan. Ini tidak ada kaitan dengan kelompok jenis tahan pelbagai ubat itu, ujar MOH.



Kementerian itu juga membuat susulan dengan sembilan orang yang menamatkan hanya sebahagian daripada ujian tersebut, yang melibatkan X-ray dan ujian darah.



Ia berkata pada Isnin mereka yang mungkin mempunyai TB jenis pendam telah dinasihatkan supaya memantau diri mereka andainya ada gejala tercetus.



Unit Kawalan TB Hospital Tan Tock Seng akan memeriksa mereka setiap enam bulan selama dua tahun akan datang.



Empat orang dalam kumpulan itu telah memulakan rawatan.



Keputusan bagi 12 orang yang menjalani ujian di klinik Sata CommHealth mereka yang diuji Sabtu lepas belum selesai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >