Dua lagi pesakit dibenar pulang, satu kes baru dikesan
Feb 25, 2020 | 05:30 AM
DUA pesakit yang dijangkiti koronavirus di sini telah dibenarkan pulang ke rumah dari hospital, sementara satu lagi kes baru dikesan semalam.
Ini bermakna, secara keseluruhan, 53 pesakit telah pulih dan dibenar pulang dari hospital, sementara jumlah jangkitan Covid-19 di sini kini telah mencapai 90 kes.