Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki diberkas bagi kes rompakan mengakibatkan kecederaan

May 10, 2020 | 07:00 PM



Polis telah menahan dua lelaki, berumur 51 dan 59 tahun, kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan yang mengakibatkan kecederaan.



Dalam kenyataannya hari ini, polis berkata ia menerima maklumat sekitar 1.36 pagi pada 9 Mei lalu mengenai pergaduhan di New Upper Changi Road.



Siasatan awal menunjukkan, seorang lelaki berusia 41 tahun telah diserang dan begnya dirompak oleh dua lelaki di sepanjang New Upper Changi Road di mana wang tunai berjumlah $420 dan telefon bimbit dicuri. 



Melalui siasatan dan dengan bantuan gambar dari kamera polis, anggota dari Divisyen Polis Bedok dapat mengenalpasti identiti kedua-dua lelaki itu dan mereka ditangkap dalam masa 15 jam setelah laporan dibuat.



Mereka akan didakwa di mahkamah esok di bawah Kanun Keseksaan atas tuduhan melakukan rompakan yang mengakibatkan kecederaan.



Jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan disebat dengan

tidak kurang dari 12 sebatan.



Komander Polis Bedok, Penolong Pesuruhjaya Polis, Encik Julius Lim, berkata: "Daripada mematuhi pemutus litar Covid-19 dan kekal berada di

di rumah, kedua-duanya tidak menghiraukan sekatan dan melakukan rompakan secara terang-terangan. Saya berbangga usaha pegawai yang bekerja tanpa lelah dan menahan suspek dengan pantas. 



"Polis akan terus memerangi jenayah tanpa henti dan memastikan bahawa mereka yang melakukan jenayah dipertanggungjawabkan. "




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >