Dua lelaki diberkas selepas bergaduh di stesen Dhoby Ghaut , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Dua lelaki diberkas selepas bergaduh di stesen Dhoby Ghaut

Sep 05, 2018 | 02:20 PM

DUA lelaki, yang dirakam bergaduh di stesen MRT Dhoby Ghaut, telah diberkas.
 
Pihak polis dimaklumkan tentang kejadian itu malam Ahad (2 September) dan tidak lama kemudian telah memberkas dua lelaki itu, yang berusia 36 dan 20 tahun, menurut laporan akhbar The Straits Times semalam. 
 
Video pergaduhan kededua lelaki selama dua minit itu, telah dimuatnaikkan ke laman Stomp Isnin lalu. 

Video tersebut dilaporkan tular di WhatsApp sebelum Stomp dimaklumkan.

Video itu bermula dengan kededua lelaki tersebut, salah seorang daripada mereka berpakaian hitam manakala seorang lagi berpakaian biru, menumbuk dan menolak satu sama lain secara kasar di stesen Dhoby Ghaut di laluan MRT Timur-Laut. 

Sebelah kanan wajah dan leher lelaki berpakaian hitam dilihat berlumuran darah. 

Kemudian, kededua lelaki itu seolah mempersiapkan diri untuk terus bergaduh dan lelaki berpakaian hitam melepaskan begnya. 

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Seorang wanita dan kakitangan MRT cuba meleraikan pergaduhan itu, namun tidak berhasil. 

Wanita tersebut, yang menuding ke arah lelaki berpakaian hitam kedengaran beberapa kali berteriak dalam video: “Dia mabuk! Dia mabuk!” 

Pada satu ketika, seorang budak lelaki berdiri dekat dengan kededua lelaki yang bergaduh itu namun diberitahu untuk bergerak. 

Kededua lelaki itu terus memaki hamun satu sama lain dan bergaduh.

Apabila seorang individu cuba menenangkan kededua lelaki itu, lelaki berpakaian hitam berkata: “Lihat apa yang dilakukan pada wajah saya!” 

Lelaki berpakaian hitam itu kemudian menggesa kakitangan stesen untuk menghubungi polis.
 
Dia kemudian berpaling dan berjalan sebelum tiba-tiba lari ke arah lelaki berbaju biru. 

Dia kemudian ditahan oleh lelaki yang lebih tinggi itu, yang kedengaran berteriak : “Tahan dia jika tidak saya akan membuatnya pengsan!” 

Kededuanya kemudian dipisahkan dengan bantuan orang ramai dan kakitangan stesen. 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map