Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki didakwa melepaskan bunga api secara terlarang di Little India

Nov 07, 2018 | 06:30 PM



DUA lelaki didakwa hari ini (7 November) kerana melepaskan bunga api secara haram di Little India awal minggu ini.



Thiagu Selvarajoo, 29 tahun, dituduh menghidupkan bunga api berbahaya manakala Siva Kumar Subramaniam, 48 tahun, didakwa bersubahat dengannya.



Siva Kumar didakwa membantu dengan meletakkan sekotak bunga api Happy Boom di atas pembahagi jalan di Gloucester Road sebelum tengah malam Isnin lalu, menurut dokumen mahkamah.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bagaimana bunga api itu diperolehi.



Thiagu dikatakan menghidupkannya malam itu.



The Straits Times sebelum ini melaporkan seorang pegawai polis melihat bunga api itu meletup di kawasan tersebut sekitar tengah malam.



Polis berkata melalui siasatan, pegawai dari Divisyen Polis Central dapat menentukan identiti mereka yang terlibat dalam menghidupkan bunga api itu. 



Kedua-duanya ditangkap semalam.



Video bunga api itu telah dikongsi di media sosial.



Kedua-dua warga Singapura itu ditahan reman dan akan kembali ke mahkamah pada 14 November.



Adalah salah di sisi undang-undang untuk menghidupkan bunga api di Singapura tanpa mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.



Mereka yang didapati bersalah menghidupkan bunga api berbahaya boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda antara $2,000 dengan $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >