Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki dijel berkaitan penipuan 'cashback' gadai janji

Dec 09, 2020 | 05:30 AM



DUA lelaki dijatuhi hukuman penjara semalam bagi peranan mereka dalam satu penipuan wang tunai melibatkan gadai janji berkaitan dua hartanah berbeza.



Iswandi Yahya, 38 tahun, dipenjara dua tahun penjara kerana menipu.



Bekas ejen hartanah Zulkarnain Lim Zulkefli, 33 tahun, dipenjara dua minggu setelah mengaku bersubahat dengan pemilik rumah Lau Ai Geck untuk secara menipu melaksana satu borang pemindahan Akta Hak Milik Tanah mengandungi pernyataan palsu.



Borang itu menyatakan harga jualan rumah Lau di Limbok Terrace dekat Yio Chu Kang Road $3.6 juta, sedangkan harga yang dipersetujui sebenarnya ialah $2.6 juta. Lau telah didenda $16,000 selepas mengaku peranannya dalam penipuan itu.



Pendakwa berkata Iswandi dan Zulkarnain melakukan penipuan itu bersama seorang lelaki sama - Sufandi Ahmad, 40 tahun - yang kesnya belum selesai, lapor akhbar The Straits Times.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Benedict Chan berkata Sufandi menghubungi Zulkarnain beberapa kali pada September 2014 untuk bertanya mengenai pembelian hartanah.



Sufandi kemudian melahirkan minat membeli rumah Limbok Terrace itu.



Dia memberitahu Zulkarnain mengenai cara dia berniat membeli rumah itu, iaitu selepas harga jualan dipersetujui dengan penjual, Sufandi berniat menyatakan harga jualan yang ditingkatkan pada pilihan untuk beli (OTP) agar pinjaman gadai janji lebih tinggi akan diberi kepada pembeli, kata DPP Chan.



Sebagai ejen hartanah, Zulkarnain menyedari itu satu perjanjian "cashback" yang telarang.



Namun, dia setuju mempermudah urusan itu, kerana dia ingin mendapat komisen daripada penjualan hartanah tersebut. Setelah bercakap dengan Zulkarnain, Lau bersetuju menaikkan harga jualan pada OTP sebanyak $1 juta.



Zulkarnain kemudian bersubahat untuk Lau menandatangani borang pemindahan yang mengandungi maklumat palsu itu.



DPP Chan berkata: "Pada 2 Februari 2015, berdasarkan dokumen yang diserahkan atas nama kononnya seorang pembeli, Saiful Azri Amat, permohonan dibuat kepada DBS Bank untuk mengeluarkan pinjaman berjumlah $2,880,000.



"DBS Bank mendapati dokumen pendapatan Saiful dipalsukan dan membatalkan pinjaman gadai janji itu. Penjualan (rumah Limbok Terrace) tidak selesai dan DBS Bank tidak mengeluarkan pinjaman."



Kes melibatkan Saiful, 35 tahun, belum selesai.



Iswandi secara berasingan mengaku di sebuah mahkamah daerah bulan lalu bahawa dia telah menipu Malayan Banking untuk memberikan pinjaman gadai janji $2.84 juta.



Mereka yang dituduh bersubahat dengannya membuat perjanjian untuk menjual sebuah rumah di Woodgrove Walk dekat Woodlands Avenue 1 pada harga $2.4 juta dengan menyatakan harga jualan yang ditinggikan, iaitu $3.55 juta.



Mahkamah diberitahu bahawa pada 2014, Sufandi mendapatkan Iswandi, yang tidak bekerja ketika itu, untuk memohon pinjaman bagi membeli rumah itu walaupun dia tidak mampu membayarnya.



Iswandi juga dijanjikan $5,000, yang dia tidak terima.



Menurut dokumen mahkamah, dua lagi lelaki - Mohamed Haron Hassan, 39 tahun, dan Juma'at Johari, 40 tahun - kemudian menerima "cashback" sebanyak $464,000. Kes melibatkan mereka juga belum selesai.



Iswandi kini dibebaskan dengan ikat jamin $10,000 dan akan menyerah diri di Mahkamah Negara pada 6 Januari depan untuk mula menjalani hukumannya




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >