Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki disiasat polis berhubung hujah di Facebook tentang lontar telur ke Shanmugam

Mar 26, 2019 | 02:21 PM



POLIS sedang menyiasat dua lelaki berhubung hujah mereka tentang melontar telur ke Menteri Ehwal Dalam Negeri Encik K. Shanmugam.



Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times (ST) polis berkata, kelmarin, bahawa satu laporan telah diajukan minggu lalu, tentang pengguna Internet lelaki berusia 20 tahun yang menulis di Facebook bahawa beliau ingin melontar telur ke Encik Shanmugam.



Menjawab hujahnya di Facebook, seorang pengguna Internet lelaki berusia 47 tahun berkongsi butiran tentang Sesi-Bertemu-Penduduk- yang bakal dihadiri Encik Shanmugam.



“Polis menganggap serius ancaman sebegitu dan akan menyiasat dengan sewajarnya,” kata polis.

Kededua lelaki, buat masa ini, sedang menolong polis dalam siasatan, di bahawa kesalahan berhubungan di wadah elektronik dengan tujuan menghasut keganasan, di bawah Seksyen 267C, Kanun Jenayah.



Sesiapa yang didapati bersalah atas kesalahan ini boleh dipenjara sehingga lima tahun atau didenda, atau kededuanya sekali.



Hujah kededua lelaki itu diterbitkan berhubung pos Facebook Channel NewsAsia tentang kontroversi melibatkan senator Australia Encik Fraser Anning baru-baru ini.

Encik Anning, yang dikecam kerana menyalahkan orang Muslim – selepas seorang pengganas kulit putih menembak mati 50 jemaah masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac – dilontar dengan sebiji telur yang mengena bahagian belakang kepalanya di satu acara di Melbourne pada 16 Mac.



“Saya ingin berbuat demikian kepada K. Shanmugam, saya bersumpah,” kata Edmund Zhong di Facebook. Gambar skrin, atau screenshot hujah itu diterbitkan semula di laman web sosio-politik The Independent.



Seorang lagi pengguna Internet, Jack Ng berkata:

“Saya akan bekalkan telur.”



Seorang lagi pengguna Internet, Louis Ng berkata:

“Ayuh, lakukan.”



Encik Zhong, menulis di kumpulan Facebook Complaint Singapura, berkata dua pegawai polis telah pergi ke rumahnya berhubung hujah ‘melontar telur ke K Shanmugam’, mengikut gambar skrin yang diterbitkan The Independent.



Encik Zhong berkata:



“Tiga hari lalu, dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Divisyen Ang Mo Kio datang ke rumah saya berhubung komen melontar telur ke K. Shanmugam. Saya rasai pelbagai emosi, kerana tidak menyangka komen yang jelas dan tidak menyebabkan kesusahan, boleh mendapat tindak balas sebegitu.”

Encik Zhong juga berkongsi makluman yang ditinggalkan polis di pintunya, meminta beliau berjumpa pegawai siasatan di ibu pejabat polis divisyen Ang Mo Kio.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >