Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki ditahan jaja ubat seks haram di Geylang

Wartawan Berita Harian diundang buat liputan operasi banteras penjualan produk kesihatan haram
Jan 14, 2023 | 05:30 AM



WALAUPUN Pusat Polis Kejiranan (NPC) Geylang hanya berjarak kurang dari satu kilometer, itu tidak menghalang dua lelaki daripada menjaja ubat perangsang seks secara haram di Geylang Road.



Kedua-dua lelaki berusia 31 dan 41 tahun itu ditahan dan kini disiasat sebagai sebahagian daripada operasi penguatkuasaan bersama yang diketuai pegawai dari Divisyen Polis Bedok pada 10 Januari lalu.



Pegawai dari Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) turut terlibat. Operasi itu menyasarkan kegiatan haram di Geylang.



Berita Harian diundang membuat liputan operasi itu dan meninjau usaha membanteras penjualan haram produk kesihatan.



Semasa taklimat di NPC Geylang, wartawan dimaklumkan bahawa pegawai berpakaian biasa akan melakukan serbuan di beberapa kawasan di Geylang.



Bagi memastikan keselamatan serta tidak mengganggu operasi, wartawan hanya dibenarkan masuk ke tempat kejadian apabila suspek sudah ditahan.



Pada kira-kira 12.04 tengah hari, wartawan tiba di 443 Geylang Road dan melihat pegawai mengumpul ubat perangsang seks haram yang ditinggalkan oleh suspek.



Wartawan dimaklumkan oleh pegawai bahawa kedua-dua suspek melarikan diri apabila menyedari pegawai berpakaian biasa menghampiri mereka.



Mereka masing-masing membawa beg putih yang mengandungi pelbagai produk kesihatan haram.



Pegawai juga berkata mereka dikesan di luar Hotel New Cathay di mana mereka menjaja produk tersebut secara haram.



Mereka sempat melarikan diri sejauh 30-50 meter sebelum ditangkap. Semasa berlari, mereka membuang beg mereka berhampiran dengan persimpangan Aljunied Road dan Geylang Road, yang kemudian diambil oleh pegawai.



Pegawai juga berkata salah seorang suspek terjatuh ketika melarikan diri.



Kedua-dua mereka telah diiringi kembali ke lokasi di mana mereka mula-mula dikesan, dan pegawai mula melakukan penggeledahan seterusnya di kawasan sekitar.



Sebanyak 2,211 unit produk kesihatan tidak berdaftar yang terdiri daripada pelbagai ubat perangsang seks, sejumlah 7.37 kilogram dengan anggaran nilai $3,317 telah dirampas.



Kedua-dua suspek disiasat oleh HSA di bawah Seksyen 15(1) Akta Produk Kesihatan 2007.



"Sebagai sebahagian daripada kumpulan kerja antara agensi, Pasukan Polis Singapura, Penguasa Sains Kesihatan dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan bekerjasama rapat untuk mengatasi kegiatan haram di Geylang.



"Rondaan bersama dan operasi telah dijalankan secara berterusan. Operasi hari ini merupakan operasi antara agensi pertama di Geylang yang dijalankan pada tahun baru," kata Komander Divisyen Bedok, Penolong Pesuruhjaya (AC) Justin Wong.



Dalam serbuan berasingan pada hari yang sama, pegawai menahan tiga lelaki dan tiga wanita di bawah Seksyen 18(3)(A) Akta Kawalan Perjudian. Seorang lagi wanita sedang disiasat atas kesalahan yang sama.



Wang tunai lebih $48,000 dan peralatan perjudian seperti meja perjudian sementara dan cip perjudian telah dirampas semasa serbuan itu.



Kedua-dua serbuan itu adalah sebahagian daripada operasi penguatkuasaan polis di seluruh pulau dari 28 Disember 2022 hingga 10 Januari 2023 untuk membanteras jenayah dan kegiatan haram, seperti perjudian haram, aktiviti maksiat dan kesalahan berkaitan dadah.



Lebih 640 pejabat di pelbagai Divisyen Darat Polis telah ditempatkan dan lebih 80 operasi telah dijalankan. Pegawai menjalankan pemeriksaan ke atas lebih 1,500 orang, di mana 152 telah ditangkap.



Pemangku Pengarah Jabatan Operasi, AC Gregory Tan memuji kerjasama dan usaha padu polis dan pelbagai agensi yang terlibat dalam operasi bersama itu.



"Polis telah meningkatkan postur penguatkuasaan kami sejak dua bulan lalu. Sambil kita kembali normal dalam aktiviti harian kita dengan pelonggaran Langkah-langkah Pengurusan Selamat COVID-19, polis akan meneruskan usaha kami untuk memerangi jenayah dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang secara terang-terangan mengabaikan undang-undang.



"Orang ramai diingatkan supaya tidak leka dengan langkah-langkah pencegahan jenayah, dan melaporkan sesiapa yang melakukan kegiatan jenayah kepada pihak polis," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >