DUA lelaki warga Bangladesh berusia 23 dan 28 tahun telah ditangkap manakala 2,500 karton dan 19 batang rokok tidak dibayar cukai dirampas dalam satu operasi pada 22 Disember lalu, kata Kastam Singapura.
Dalam satu operasi di Gul Circle, pegawai kastam telah menjalankan pemeriksaan terhadap dua lelaki tersebut, dekat sebuah bangunan perindustrian kosong.
Salah seorang daripada mereka telah dilihat memanjat pagar logam bangunan berkenaan.
Kededua lelaki itu cuba melarikan diri dari tempat kejadian tetapi berjaya ditangkap pegawai kastam.
Pegawai kemudian menggeledah sebuah unit stor di tapak itu dan menemui 1,097 karton rokok tidak dibayar cukai. Suspek lalu ditangkap.
Pegawai kastam kemudian juga menemui lagi tiga karton dan 19 batang rokok haram di pekarangan Gul Circle selain dalam barangan yang dimiliki salah seorang lelaki itu.
Siasatan mendapati bahawa kedua-dua lelaki itu telah didakwa mengambil rokok tersebut daripada peti plastik hitam dalam bangunan yang kosong itu, lalu membungkusnya ke dalam beg sampah warna hitam untuk dihantar oleh orang tidak diketahui.
Pegawai menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas bangunan berkenaan menemui lagi 1,400 karton rokok haram di unit lain.
Kesemua rokok yang tidak dibayar cukai itu dirampas dengan nilai duti dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang tidak dibayar masing-masing berjumlah sekitar $213,500 dan $16,990.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Dua lelaki ditangkap, 2,500 karton rokok haram dirampas
Dec 28, 2022 | 08:00 PM