Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki ditangkap bagi dua kes cabul berasingan

Apr 10, 2017 | 10:28 AM



POLIS telah memberkas dua lelaki berumur 33 dan 38 tahun kerana dipercayai terlibat dalam dua kes mencabul kehormatan.



Menurut polis dalam kenyataannya malam tadi (9 Apr), kedua-dua suspek dipercayai melakukan kesalahan itu secara berasingan di dua pusat hiburan berlainan.



Kelmarin (8 Apr), polis menerima laporan kira-kira 1.35 pagi daripada seorang mangsa yang menyatakan beliau dicabul oleh suspek berusia 38 tahun di sebuah pusat hiburan di Boat Quay.



Pada hari yang sama, kira-kira 3.48 pagi, polis menerima satu lagi laporan daripada seorang lagi mangsa yang menyatakan beliau telah dicabul oleh suspek berusia 33 tahun di sebuah pusat hiburan di Raffles Link.



Kedua-dua suspek telah ditangkap.



Siasatan ke atas kedua-dua suspek sedang dijalankan. Bagi kesalahan mencabul kehormatan, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda dan juga boleh dirotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >