Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki ditangkap dalam kes tikam di Clementi

Jan 15, 2022 | 01:28 PM



POLIS telah memberkas dua lelaki, berusia 26 tahun dan 28 tahun, yang disyaki terlibat dalam kejadian menikam menggunakan pisau berdekatan Clementi pada Jumaat (14 Januari).


Polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut di Blok 413 Commonwealth Avenue West sekitar 10.30 pagi Jumaat.


Dalam satu kenyataan pada Sabtu (15 Januari), polis berkata mangsa sedang berjalan ke arah sebuah tempat meletak kereta apabila dua lelaki itu menghampirinya.


Salah seorang lelaki itu dipercayai menggunakan pisau untuk menyerang mangsa dari belakang. Kededua lelaki itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.


Mangsa telah mengalami luka di tangan dan tikaman di belakang, dan berada dalam keadaan sedar apabila dihantar ke hospital.


“Siasatan awal menunjukkan ini dipercayai satu serangan yang dirancang. Siasatan polis sedang berjalan,” kata polis.


Menerusi siasatan di lapangan dan bantuan gambar daripada kamera polis dan kamera litar tertutup, pegawai daripada Divisyen Polis Clementi mengenal pasti identiti lelaki itu dan memberkas mereka pada hari yang sama, dalam masa sembilan jam dari insiden itu.


Dua lelaki itu didakwa di mahkamah pada Sabtu (15 Januari) dengan kesalahan mencederakan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya dengan niat bersama.


Kesalahan itu membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun, saman, rotan, atau gabungan pelbagai hukuman tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >