Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki ditangkap kerana bertumbuk dek Pokemon Go

Aug 16, 2016 | 03:31 PM



DUA lelaki ditangkap di sini kerana bergaduh dek Pokemon GO - tangkapan pertama berkaitan permainan popular itu.



Mereka berusia 28 dan 33 tahun.



Polis berkata dalam satu kenyataan media pada Selasa (16 Ogos) ia menerima panggilan mengenai satu pergaduhan antara seorang pemandu kereta dan seorang pejalan kaki di pintu masuk tempat letak kereta Plaza Singapura pada Ahad (14 Ogos).



Siasatan awal mendedahkan pejalan kaki itu bermain Pokemon GO pada telefon bimbitnya sambil melintas jalan. Apabila pemandu kereta tersebut membunyikan hon keretanya terhadapnya, pertengkaran tercetus dan mereka kemudian bertumbuk.



Polis berkata terdapat laporan di media sosial mengenai orang melintas jalan raya tanpa menghiraukan keselamatan mereka atau pengguna jalan raya lain, meletak kereta tanpa bertimbang rasa, atau menyebabkan kesulitan lain ke atas orang lain semasa didakwa mengejar Pokemon.



"Dalam usaha anda menangkap mereka semua, harap anda tidak membahayakan nyawa atau keselamatan diri anda, atau menyebabkan kesulitan ke atas orang di sekeliling anda," kata kenyataan polis itu.



Polis memberi peringatan berikut bagi pemain Pokemon:



- Berhati-hati mengenai keselamatan diri anda apabila keluar mencari Pokemon. Anda harus bermain secara berpasangan atau sebagai sebuah kumpulan demi memastikan keselamatan peribadi anda.



- Perhatilah di mana anda berjalan, sedar akan sekitaran anda dan jangan berjalan ke jalan raya tanpa melihat.



- Jangan bermain sambil memandu sembarang kenderaan atau menunggang peranti mobiliti peribadi. Anda tidak boleh melakukan kedua-duanya dengan selamat.



- Jangan menceroboh ke kawasan larangan dan hartanah privet. Jangan mengambil gambar kawasan larangan.



- Sedari bahawa anda berpotensi berkongsi data dengan orang lain; mungkin ada penjenayah mengambil kesempatan untuk membuat mangsa pergi ke 'PokeStop' palsu mereka.



- Didik anak anda mengenai bahaya orang tidak dikenali di 'PokeStop'.



- Jangan sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi anda, dan berhati-hati mengenai aplikasi palsu atau alat menipu. Penjenayah siber boleh mengakses data peribadi anda untuk melakukan penipuan atau menggodam telefon anda dengan virus dan perisian hasad (malware).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >