Seorang penunggang motosikal berusia 59 tahun meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan dengan bas privet dan motosikal lain di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada pagi Rabu (19 Jun).
Dua lelaki - pemandu bas berusia 52 tahun dan penunggang motosikal berusia 20 tahun - telah ditangkap, kata polis, menjawab pertanyaan media.
Polis diberitahu tentang kemalangan di AYE menghala ke Ekspreswe Central sekitar 7 pagi.
Penunggang motosikal berusia 59 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.
Pemandu bas itu ditangkap kerana menyebab kematian kerana perbuatan cuai.
Penunggang motosikal berusia 20 tahun cedera, tetapi masih sedarkan diri semasa dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong.
Beliau ditangkap berhubung kes itu.
Gambar yang dikongsi di Facebook pada pagi Rabu menunjukkan khemah biru di tepi ekspreswe.
Khemah itu didirikan sebelah motosikal yang terjatuh dan sebuah bas. Sedikit barangan peribadi boleh dilihat bersepah di jalan raya.
Polis sedang menyiasat.