Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki Indonesia ditangkap masuki S'pura secara haram, miliki rokok tidak dibayar cukai

Nov 18, 2020 | 05:33 PM



POLIS telah memberkas dua lelaki Indonesia berusia 25 dan 58 tahun kerana kesalahan memasuki Singapura secara haram dan memiliki rokok yang tidak dibayar cukai.



Dalam kenyataannya pada Rabu (18 November), polis berkata Polis Pengawal Pantai (PCG) menerima maklumat daripada kontraktor Lembaga Taman Negara (NParks) bahawa  seorang lelaki dilihat berkelakuan mencurigakan sebelum memasuki kawasan hutan berhampiran Pusat Pameran Changi.



Menyusuli penerimaan maklumat tersebut, pegawai PCG bekerjasama dengan pegawai Divisyen Polis Bedok serta Kontinjen Gurkha, menjalankan usaha mencari lelaki berkenaan.



Dua lelaki kemudian diberkas dalam tempoh dua jam selepas maklumat diterima mengenai kemasukan haram penduduk asing ke Singapura di bawah Akta Imigresen, Bab 133 dan pemilikan barangan yang tidak dibayar cukai di bawah Akta Kastam, Bab 70.



Enam kotak mengandungi 300 karton rokok yang tidak dibayar cukai, sebuah enjin sangkut dan sebuah perahu kaca gentian turut dirampas.



Jika didapati bersalah memasuki negara ini secara haram, lelaki berkenaan boleh dipenjara sehingga enam bulan dan menerima sekurang-kurangnya tiga sebatan. 



Denda sehingga 40 kali jumlah cukai dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang cuba dielak dan/atau penjara sehingga enam tahun pula boleh dikenakan kerana kesalahan memiliki barangan yang tidak dibayar cukai.



Kedua-dua lelaki telah didakwa di mahkamah pada 18 November di atas kesalahan memasuki Singapura secara haram di bawah Akta Imigresen, Bab 133.



Mereka telah diserahkan kepada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) bagi siasatan lanjut berhubung dengan kesalahan memasuki Singapura secara haram.



Kastam Singapura juga akan menyiasat tentang kesalahan memiliki rokok yang tidak dibayar cukai.



Komander PCG, Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis Cheang Keng Keong berkata:



"Ini adalah contoh baik seorang anggota masyarakat yang bekerjasama dengan pihak polis bagi melindungi perairan dan sempadan lautan kita daripada ancaman jenayah dan keselamatan.



"Kewaspadaan kontraktor NParks membolehkan polis untuk tangkas memberkas pesalah ini."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >