Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki warga Taiwan dipenjara dek menyamar sebagai polis

Sep 04, 2018 | 04:48 PM



DUA lelaki warga Taiwan dipenjara hari ini (Selasa, 4 September) kerana terlibat dalam kes penipuan menyamar sebagai polis dan menipu mangsa sebanyak $185,000.



Mangsa tertua berusia 83 tahun dan yang termuda berusia 51 tahun apabila penipuan tersebut dilakukan tahun lalu.



Atas kesalahan mereka, Hsieh Teng-Chia, 31 tahun, dipenjara dua tahun sembilan bulan, sementara Chen You-Jeng, 34 tahun, dipenjara  tiga tahun.



Kededua mereka telah mengaku bersalah bulan lalu, menurut laporan The Straits Times.



Dua lagi anggota sindiket mereka, warga Taiwan Huang Ying-Chun, 53 tahun, dan Chen Peng-Yu, 35 tahun, telah ditangkap .



Timbalan Pendakwa Raya Ryan Lim memberitahu mahkamah bahawa antara 15 Jun dan 6 Julai tahun lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada orang yang mendakwa mereka pegawai polis di China atau Singapura.



"Pemanggil itu meyakinkan mangsa dan pihak lain yang terlibat bahawa mereka terlibat dalam kes peminjaman wang, atau dalam beberapa kesalahan serius lainnya, yang sedang disiasat di China," kata beliau.



Mangsa diberitahu bahawa akaun bank mereka terlibat dan mereka harus bekerjasama dengan arahan pemanggil.



Mereka kemudiannya ditipu dan disuruh memberikan butiran akaun bank mereka yang digunakan penipu itu untuk mengeluarkan wang tanpa pengetahuan mereka.



Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Salina Ishak berkata kededua warga Taiwan itu datang ke Singapura dengan pengetahuan dan niat melakukan jenayah tersebut.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >