Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua mantan editor BH diiktiraf

Jun 11, 2022 | 05:30 AM



DUA mantan editor Berita Harian, Encik Guntor Sadali dan Encik Zainul Abidin Rasheed, merupakan antara 50 individu daripada bidang media dan bidang berkaitan media yang diabadikan dalam Balai Kemasyhuran Industri Media Singapura yang dilancarkan semalam.



Balai Kemasyhuran Industri Media Singapura itu merupakan antara dua inisiatif yang dilancarkan sempena ulang tahun ke-50 Kelab Wartawan Singapura tahun ini.



Berucap di majlis jamuan malam kelab itu malam tadi, Presiden Kelab Wartawan Singapura, Encik Patrick Daniel, berkata wadah itu dihasilkan untuk mengiktiraf veteran dalam industri media.



"Memandangkan ini ulang tahun ke-50 kami, kami memutuskan untuk bermula dengan 50 veteran yang telah memberi sumbangan yang meninggalkan kesan dalam industri media kita.



"Oleh kerana kami mempunyai senarai calon yang ramai, kami menetapkan dua kriteria.



"Pertama, individu itu harus berusia sekurang-kurangnya 65 tahun. Kedua, beliau harus mempunyai kerjaya dalam industri media selama sekurang-kurangnya 25 tahun," kata beliau.



Tambahnya, satu lagi inisiatif yang dilancarkan sempena ulang tahun kelab itu ialah Anugerah Kelab Wartawan yang ditaja Citibank.



"Untuk membezakan anugerah kami daripada anugerah lain dan untuk kekal relevan kepada karyawan media muda, kami menghasilkan Anugerah Bintang Baru untuk mengiktiraf hasil kerja cemerlang oleh wartawan muda cemerlang yang menggunakan pelbagai format dan bahasa," ujar Encik Daniel.



Tambahnya, Anugerah Kewartawanan Kemampanan juga dilancarkan untuk mengiktiraf peranan penting yang harus dimainkan media untuk memastikan kemampanan bumi ini.



Anugerah tersebut disokong City Developments Limited.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >