SATU jawatankuasa 10 anggota yang merangkumi para Anggota Parlimen(AP) akan memberi saranan bagaimana Singapura boleh menangani masalah berita palsu telah ditubuhkan, kata Timbalan Speaker Parlimen, Charles Chong semalam.
Jawatankuasa tersebut yang dipengerusi oleh Encik Chong merangkumi tujuh AP daripada Parti Tindakan Rakyat dan para menteri, seorang dari Parti Pekerja (WP) dan seorang lagi Anggota Parlimen Dilantik (NMP).