Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua pangkalan udara AS disenarai pendek tempat jet pejuang RSAF

Jun 05, 2021 | 05:30 AM



DUA pangkalan udara di Amerika Syarikat telah disenarai pendek untuk menempatkan jet pejuang generasi baru Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) F-35B dan juga detasmen latihan F-16-nya, kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan semalam.



Dua lokasi itu adalah pangkalan udara Ebbing Air National Guard Base di Forth Smith, Arkansas namun pangkalan udara Selfridge Air National Guard Base di Harrison Township di Michigan juga merupakan satu pilihan sekiranya penilaian kesan sekitaran mendapati pangkalan udara Ebbing itu tidak sesuai.



Keputusan itu diambil oleh Jabatan Pertahanan AS di bawah perundingan bersama Mindef dan langkah ini akan diselesaikan pada 2023.



Pusat latihan baru akan menawarkan ruang bagi sebanyak 36 kenderaan udara, termasuk kenderaan udara lain yang telah dibeli oleh negara lain di bawah program Penjualan Tentera Luar AS.



Pada Mac 2019, Singapura mengumumkan rancangan untuk membeli jet pejuang elit yang berupaya beroperasi secara sulit atau stealth daripada syarikat pembina pesawat Lockheed Martin untuk menggantikan armada F-16 yang semakin tua.



Jet pejuang F-16 telah berkhidmat dalam RSAF sejak 1998 dan ia akan digantikan sepenuhnya secara berperingkat selepas 2030.



Model F-35B merupakan varian jet pejuang F-35 yang lebih mahal dan ia boleh berlepas ke udara daripada landasan yang lebih pendek dan juga mendarat secara vertikal.



RSAF dijangka membuat tempahan sebanyak empat jet pejuang F-35B pada 2026.



Keempat-empat jet pejuang itu akan dikerahkan di AS bagi urusan latihan dan penilaian secara terperinci.



Mindef sebelum ini berkata ia akan membuat penilaian sepenuhnya terhadap jet pejuang berkenaan sebelum membeli lagi lapan jet pejuang tersebut pada masa lanjut.



Dalam kenyataannya semalam, Mindef berkata, pangkalan udara Ebbing Air National Guard telah disenarai pendek berdasarkan tinjauan kesesuaian yang dilaksanakan oleh kededua pihak.



Ini termasuk menimbangkan pelbagai faktor seperti kesesuaian kawasan latihan dan lokasinya, dan juga dari segi sokongan logistik dan prasarana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >