Subuh
5:56
Syuruk
7:17
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32

Dua pegawai didakwa beri tip pemeriksaan mengejut NEA di Arab Street

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dua pegawai didakwa beri tip pemeriksaan mengejut NEA di Arab Street

Mar 06, 2014 | 01:04 PM

DUA pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) didakwa di mahkamah pagi tadi kerana memberi tip kepada dua lelaki mengenai pemeriksaan mengejut di kawasan Arab Street.

Muhammad Alhaffif Mohamad Saifuddin, 28 tahun dari jabatan kebersihan NEA, didakwa memberitahu Encik Muhammad Ramadan Mohamad Saifuddin, bahawa para pegawai dari jabatannya akan mengadakan pemeriksaan tidak berjadual di Arab Street, Bali Road dan kawasan-kawasan sekitar, pada 8 Februari 2012.

Muhammad Ramadan Mohamad Saifuddin, 25 tahun, juga dari jabatan yang sama, pula didakwa memberi maklumat yang sama kepada pemilik Cafe le Caire di Arab Street, Encik Ameen Ali Salim Talib, pada hari yang sama itu.

Kededua tertuduh diwakili oleh Encik C.S. Lee yang memohon kes ditangguh.

Sesi perbincangan sebelum perbicaraan bagi kededuanya ditetapkan 11 April ini.

Jika didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi, mereka berdua boleh didenda sehingga $2,000 dan penjara sehingga dua tahun.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3