Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua pegawai kanan Mendaki dilantik Timbalan CEO

Nov 23, 2017 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki melantik dua pegawai kanannya, Cik Zulaiha Yusuf dan Cik Aidaroyani Adam, sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bermula 1 Januari depan.



Mengumumkannya dalam satu kenyataan semalam, Mendaki berkata pelantikan tersebut mencerminkan pendekatan strategik badan bantu diri itu dalam memperkukuh misi terasnya dalam bidang pendidikan.



Dalam peranan baru itu, Cik Zulaiha akan menerajui dan memperluas usaha mempersiap masyarakat untuk masa depan, manakala Cik Aidaroyani pula memimpin dalam bidang pendidikan.



Cik Zulaiha menyertai Mendaki pada 1993 sebagai pengurus perhubungan korporat, dan dipinjam ke Mendaki Sense sebagai pengurus besar.



Pada 2011, beliau kembali ke Mendaki sebagai pengarah dan kemudian sebagai pengarah kanan pembangunan korporat.



Pada 2015, Cik Zulaiha dilantik sebagai ketua pegawai operasi (COO) Mendaki yang pertama.



Cik Aidaroyani pula menyertai Mendaki pada 1996 sebagai pegawai eksekutif penyelidikan dan pengembangan.



Beliau kini merupakan pengarah pendidikan dan penyelidikan dan memainkan peranan dalam mengukuhkan program Skim Tuisyen Mendaki (MTS) dan meluaskannya kepada 10,000 pelajar setiap tahun.



Beliau juga mengetuai pasukan penyelidikan yang bertanggungjawab mengkaji isu negara dan global serta kesannya terhadap masyarakat, dan cara memastikan program Mendaki terus relevan.



Mengulas pelantikan baru itu, Pengerusi Mendaki Dr Yaacob Ibrahim berkata pelantikan tersebut adalah tepat pada masanya sedang Mendaki berusaha menekankan kesediaan untuk sekolah dan masa depan bagi kanak-kanak dan belia.



"Saya yakin dengan kekuatan dan pengalaman mereka, kededua pegawai itu akan membawa tugas Mendaki ke tahap lebih tinggi," ujar Dr Yaacob, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Rahayu Buang, berkata dua timbalannya itu akan membantu memperkukuh pendekatan strategik Mendaki dalam pendidikan, dan menekankan pembelajaran di semua peringkat.



"Bersama pasukan pengurusan kanan kami, kami berharap dapat membawa Mendaki ke tahap lebih tinggi dalam ekonomi yang pantas berubah untuk menyokong pembangunan berterusan masyarakat sedang kami membantu masyarakat bersiap sedia untuk masa depan," ujar Cik Rahayu.



Mendaki baru-baru ini juga mengumumkan pembentukan Jabatan Perubahan Digital yang akan dibentuk tahun depan.




"Pelantikan ini tepat sedang Mendaki bergerak untuk mengukuhkan penglibatan dengan masyarakat ke arah kesediaan ke sekolah dan kesediaan masa depan anak-anak dan belia kita sejajar dengan perubahan landskap pendidikan dan ekonomi Singapura dan sejagat. Saya yakin dengan kekuatan dan pengalaman mereka, kededua pegawai ini akan membawa tugas Mendaki ke tahap lebih tinggi."
- Dr Yaacob Ibrahim Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >