Dua pejabat baru bantu pekerja hurai isu pekerjaan dibuka esok

LEBIH ramai pekerja akan menerima bantuan dalam menghuraikan pertikaian berkaitan pekerjaan.

Ini memandangkan dua pejabat yang mengendalikan isu-isu seperti itu akan memulakan operasinya mulai esok (1 April).

Dua pejabat itu adalah - Perikatan Tiga Pihak bagi Pengurusan Pertikaian (TADM) yang menyediakan khidmat nasihat dan perantaan; dan Tribunal Tuntutan Pekerjaan (ECT) yang mendengar tuntutan pekerja berkaitan gaji yang tidak boleh diselesaikan menerusi perantaraan.

Sebelum ini, hanya pekerja yang dilindungi di bawah Akta Pekerjaan boleh membuat tuntutan gaji mereka kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Justeru, ia mengecualikan golongan pengurus dan eksekutif yang mempunyai gaji asas lebih $4,500 sebulan.

Golongan ini telah membawa kes-kes mereka itu ke mahkamah sivil.

Namun, TADM tidak mengenakan had gaji.

Ia juga boleh menyediakan nasihat dan perantaan bagi isu-isu pekerjaan lain yang mungkin tidak dilindungi di bawah undang-undang pekerjaan. 

Dilancarkan Menteri Tenaga Manusia, Encik Lim Swee Say, hari ini, Jumaat (31 Mac), TADM menyediakan "cara lebih murah, lebih baik dan lebih pantas untuk menghuraikan pertikaian berbanding dengan menghuraikannya di Mahkamah Sivil," kata beliau.

Kededua TADM dan Perikatan Tiga Pihak Bagi Amalan Pengambilan Pekerja Secara Adil (Tafep) kini akan bernaung di bawah syarikat baru diberi nama Tripartite Alliance Limited, tambah Encik Lim.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:09
Isyak
8:22
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.