Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Dua pekerja migran maut dalam dua nahas tempat kerja

Apr 29, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pekerja Bangladesh meninggal dunia kelmarin selepas kepalanya ditimpa bingkai keluli yang terjatuh, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.



Ini merupakan salah satu daripada dua nahas maut di tempat kerja pada hari yang sama, serta kematian akibat nahas di tempat kerja ketujuh bulan ini.



MOM berkata pekerja berusia 42 tahun itu sedang mengubah kedudukan bingkai keluli tersebut di 7A Neythal Road di Boon Lay sebagai persiapan untuk menyimpan dan membawanya ke tempat lain.



Difahamkan bahawa nahas itu berlaku sekitar 2 petang.



MOM berkata pekerja berkenaan sedang cuba memasang peralatan untuk mengangkat salah satu daripada bingkai keluli itu apabila ia tiba-tiba terjatuh ke arahnya dan menimpa kepalanya.



Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.



Majikan pekerja itu, Ace Surface Treatment, juga bertempatkan di tapak kerja itu, kata MOM.



Syarikat yang menghasilkan huraian pencegahan pengakisan itu telah diarah menghentikan semua kerja mengubah kedudukan bingkai keluli.



Siasatan sedang dijalankan.



Sebagai langkah keselamatan, jurucakap MOM berkata struktur berat seperti bingkai keluli harus dipastikan stabil sebelum sesiapa dibenarkan melakukan sebarang kerja dengannya.



Beberapa jam sebelum nahas itu, seorang lagi pekerja migran meninggal dunia selepas dilanggar kenderaan prime mover di Yishun Industrial Street 1.



Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa warga India berusia 39 tahun itu meletak kenderaannya itu di tanjakan sebelum turun dari kenderaannya.



Kenderaannya kemudian mula menggelongsor dan pekerja itu berlari ke hadapan prime mover tersebut.



"Malangnya, beliau dilanggar kenderaan itu," ujar MOM.



Menurut akhbar Shin Min Daily News, pengurus City Container (S), majikan pekerja itu, berkata pekerja itu sedang mengambil kargo ketika nahas tersebut berlaku.



Polis berkata mereka dimaklumkan tentang kemalangan itu sekitar 8 pagi.



Pekerja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Dengan dua kematian itu, jumlah kematian akibat nahas di tempat kerja kini telah meragut nyawa 16 orang.



Tahun lalu, terdapat 37 kematian akibat nahas di tempat kerja, berbanding 30 kematian pada 2020 dan 39 kematian pada 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >