Dua pekerja pembersihan dapat penghargaan kerana pulangkan barang kemas bernilai $45,000
Jul 01, 2016 | 05:30 AM
DUA pekerja pembersihan warga Bangladesh mendapat pujian atas kejujuran mereka selepas berjaya menemui dan memulangkan barang kemas bernilai sekitar $45,000 kepada pemiliknya.
Mereka sedang bertugas pada Sabtu lalu apabila dimaklumkan oleh Majlis Bandaran Tanjong Pagar pada sekitar 6 petang tentang kehilangan barang kemas milik seorang penduduk yang telah dibuang tanpa sengaja.