Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua pelajar ITE bantu ibu gendong bayi redah Koswe

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



BAYANGKAN seorang ibu yang mendukung bayi dan gendong beg serta menarik bagasi, sambil meredah lautan manusia yang sedang beratur panjang.



Dengan keadaan yang letih dan tidak selesa, datang dua individu yang tidak dikenali, mendekati ibu tersebut untuk hulurkan bantuan.



Itulah yang berlaku kepada Cik Siti Zulaiha Karamda, di pusat pemeriksaan imigresen Johor Bahru, baru-baru ini.



Selain bayinya yang berusia tujuh bulan, beliau juga bersama seorang lagi anaknya, yang berusia 11 tahun.



"Saya memang terkejut, sebab jarang sekali lah perkara seperti ini berlaku. Pada mulanya saya tolak, tapi mereka nampak ikhlas mahu membantu," ujarnya, menceritakan kejadian itu kepada Berita Harian (BH).



Dua individu itu ialah Encik Rizq Enriqal Md Yazmin, 18 tahun, dan rakannya Encik Ezra Lim, 21 tahun, pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur.



Memberitahu BH, Encik Rizq berkata mereka beratur sekitar satu jam dan melihat seorang wanita yang nampak seperti memerlukan bantuan.



"Tentu mencabar dukung bayi, bawa beg dan ada seorang lagi anak kecil sambil beratur panjang. Jadi kami tergerak untuk membantu.



"Apabila saya melihat Cik Zulaiha, saya teringat pengalaman peribadi dengan ibu saya, seorang ibu tunggal. Saya tahu betapa sukarnya tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal."



"Saya kemudian mendapat tahu bahawa Cik Zulaiha juga seorang ibu tunggal dan saya memahami keadaannya."



Encik Rizq Enriqal ialah pelajar dalam bidang Sains Makanan Gunaan manakala Encik Lim sedang menuntut dalam bidang kejururawatan.



Cik Zulaiha berkata beliau amat tersentuh dan terharu dengan kemuliaan hati dua anak muda itu.



Encik Rizq Enriqal dan Encik Lim menunggu dan menemani Cik Zulaiha dan anak-anaknya sehingga mereka melepas kastam yang mengambil masa lebih dua jam.



"Saya amat menghargai bantuan mereka kerana mereka berusaha sedaya upaya membantu kami sehingga lepas kastam JB dan Singapura.



"Apabila saya mendapat tahu Rizq juga anak yang telah dibesarkan tanpa seorang bapa, saya berasa amat terharu kerana ia memberi saya keyakinan bahawa anak-anak saya juga boleh membesar dan menjadi insan yang mulia," ujar penolong pengurus stesen MRT berusia 38 tahun itu.



Menurut Cik Zulaiha, beliau telah membawa dua anaknya untuk bercuti singkat di JB pada hujung minggu.



Beliau tidak menyangka bahawa keadaan pusat pemeriksaan imigresen di JB begitu sesak.



"Jadi bantuan mereka memang tepat pada masanya. Sebagai pekerja dalam bidang perkhidmatan, kami sentiasa menghulurkan bantuan. Apabila giliran saya menerima bantuan apabila sapa memerlukan, saya rasa amat bersyukur.



"Pengalaman ini dapat saya jadikan teladan kepada anak sulung saya untuk sentiasa bersedia membantu mereka yang memerlukan," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >