Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua pengarah syarikat berbeza dituduh gelap $14j

Sep 18, 2021 | 05:30 AM



DUA pengarah syarikat yang berbeza muncul di mahkamah semalam bagi tuduhan berkomplot untuk menggelapkan wang tunai berjumlah $14 juta.



Menurut dokumen mahkamah, dua warga Singapura itu ialah Lee Boon Teck, 54 tahun, dan Chan Ewe Teik, 56 tahun.



Chan, yang dikenali sebagai Michael ET Chan dalam pangkalan data Penguasa Pengawalan Korporat dan Perakaunan, menghadapi dua tuduhan pecah amanah yang dikaitkan dengan wang $14 juta itu.



Lee pula menghadapi 12 tuduhan termasuk tiga tuduhan pecah amanah, lapor The Straits Times.



Dua daripada tuduhan itu melibatkan $14 juta yang didakwa disalahgunakan di bawah komplotnya dengan Chan.



Secara sendirian, Lee didakwa menyalahgunakan lagi $2.2 juta.



Semasa kesalahan tersebut didakwa dilakukan, Lee merupakan pengarah urusan syarikat, KLW Holdings, yang disenaraikan di Catalist. Syarikat itu kini dikenali sebagai HS Optimus Holdings.



Dia juga merupakan pengarah di sebuah firma bernama Ambertree, anak syarikat milik sepenuhnya KLW Holdings.



Dia tidak lagi memegang jawatan tersebut di dua syarikat itu.



Lee didakwa menyalahgunakan sejumlah $16.2 juta daripada akaun bank kedua-dua syarikat tersebut dengan meluluskan pembayaran kepada sebuah firma bernama Straitsworld Advisory.



Menurut dokumen mahkamah, Straitsworld Advisory ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Virgin Islands Britain dengan Chan sebagai pengarah dan pemegang sahamnya yang tunggal.



Selain tiga tuduhan pecah amanah, Lee, yang kini pengarah di sebuah firma bernama HP Global, juga menghadapi sembilan tuduhan lain.



Ini termasuk tiga tuduhan pemalsuan akaun dan satu tuduhan menggunakan dokumen palsu.



Setiap lelaki ditawarkan ikat jamin $150,000 semalam dan kes mereka ditangguhkan hingga 14 Oktober.



Bagi setiap tuduhan pecah amanah, pesalah boleh dipenjara hingga 15 tahun dan didenda.



Jika disabitkan dengan kesalahan memalsukan akaun, Lee boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda untuk setiap pertuduhan.



Mereka yang disabitkan dengan kesalahan menggunakan dokumen palsu boleh dipenjara hingga empat tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >