Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua pengedar dadah digantung

Nov 18, 2016 | 10:19 AM



DUA pengedar dadah yang telah disabitkan dihukum gantung bagi kesalahan mereka di Kompleks Penjara Changi pada Jumaat (18 Nov).

Mereka ialah Chijioke Stephen Obioha, seorang warga Nigeria berusia 38 tahun, dan Devendran A/L Supramaniam, seorang warga Malaysia berusia 31 tahun, kata Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan.

Obioha, yang berkata dia datang ke sini pada 2005 untuk cuba menyertai sebuah kelab bola sepak, ditangkap pada April 2007 oleh pegawai antinarkotik yang menemui 14 blok sayur dalam beg yang dibawanya.

Para pegawai itu mengiringinya ke flat sewanya dan menemui satu lagi 14 blok sayur dalam pelbagai beg.

Obioha disabitkan kesalahan mengedar 2,604.56g ganja di sini dan dijatuhi hukuman mati pada 30 Disember 2008.

Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA) memperuntukkan hukuman mati jika jumlah ganja yang diperdagangkan ialah 500g atau lebih.

Selepas rayuan terhadap sabitan dan hukuman ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 2010, Obioha memilih untuk hukumannya dipertimbang semula pada Mei 2015, di bawah rejim hukuman mati baru yang berkuat kuasa pada awal 2013.

Dia kemudian menarik balik permohonan bagi dihukum semula pada April tahun ini.

Peguamnya memfailkan usul jenayah di mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan menukar hukuman mati kepada penjara seumur hidup pada Rabu (16 Nov).

Usul itu didengar dan ditolak esoknya.

Petisyen kepada Presiden untuk pengampunan juga ditolak.

Devendran ditangkap di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Mei 2011 membawa enam paket bahan berbutir dan serbuk yang didapati mengandungi 83.36g diamorphine di motosikalnya.

Dia disabitkan dengan kesalahan mengimport tidak kurang 83.36g diamorphine ke Singapura, satu kesalahan di bawah MDA, dan dihukum mati pada 29 Julai 2014.

Rayuannya terhadap sabitan dan hukuman ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada Mei 2015.

Peguamnya memfailkan dua usul jenayah di mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan membuka semula rayuannya pada Khamis (17 Nov).

Kedua-dua usul didengar dan ditolak pada hari yang sama.

Petisyen kepada Presiden untuk pengampunan juga ditolak.

CNB berkata kedua-dua lelaki itu telah "diberi proses penuh di bawah undang-undang".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >