Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua penjual kotak media Android hadapi tuduhan cetak rompak

Jan 13, 2018 | 05:30 AM



DUA penjual kotak media Android setempat diheret ke mahkamah semalam, kali pertama tindakan serupa itu diambil sebagai langkah memerangi kegiatan cetak rompak bahan hak cipta terpelihara.



Synnex Trading, syarikat yang menjual kotak media itu dan pengarahnya, Jia Xiaofeng; serta syarikat perdagangan An-Nahl dan pengarahnya, Abdul Nagib Abdul Aziz; dituduh 'melanggar dengan sengaja' hak cipta terpelihara, dengan cara membantu orang mendapatkan kandungan media yang dicetak rompak menerusi kotak media yang mereka jual.



Perbuatan tersebut melanggar Seksyen 136 (3A) Akta Hak Cipta.



Kes yang boleh menjadi penentu - tentang kesahan kotak media yang menyalurkan bahan hak cipta terpelihara tanpa kebenaran di masa depan - dikemukakan ke mahkamah oleh pengendali khidmat televisyen berbayar Singtel dan StarHub, syarikat hiburan Fox Networks Group dan Premier League, yang menyiarkan perlawanan Liga Perdana England (EPL).



Pengurus Besar Pakatan Menentang Cetak Rompak (CAP), Encik Neil Gane, berada di mahkamah mewakili syarikat pengendali televisyen berbayar dan penghasil kandungan hiburan.



Synnex dan pengarahnya, masingmasing berdepan dengan empat tuduhan membantu pelanggan "membuat salinan tidak dibenarkan" menggunakan kotak media untuk menonton antara lain perlawanan EPL, filem dan dokumentari National Geographic yang disiarkan di saluran kabel Fox.



Jia ditangkap tiga kali pada Mei, Ogos dan September tahun lalu, di kedai Synnex di Geylang Road.



Synnex dan pengarahnya, juga dituduh memiliki 104 kotak media yang telah disesuaikan khas bagi membuat salinan bahan hak cipta terpelihara.



Synnex dipercayai menjual kotak media itu dengan harga $159, tidak termasuk harga bagi setiap aplikasi yang diperlukan bagi menonton bahan hak cipta terpelihara - yang berharga antara $40 dengan $170.



Dalam pada itu, An-Nahl dan pengarahnya masing-masing menghadapi dua tuduhan membantu pelanggan menggunakan kotak media bagi membuat salinan yang tidak dibenarkan untuk menonton perlawanan EPL dan rancangan Fox.



Mereka juga dituduh memiliki 12 kotak media di kedai Tanjong Katong Complex pada Mei tahun lalu.



An-Nahl dan pengarahnya mohon dibicarakan. Synnex dan pengarahnya pula minta penangguhan sebelum mereka membuat keputusan mahu dibicarakan atau mengaku bersalah.



Jika didapati bersalah, kededua pengarah itu boleh dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda sehingga $20,000, atau kededuanya sekali.



Kes Synnex dan Jia akan didengar lagi pada 2 Februari, sementara kes An-Nahl dan Abdul Nagib akan didengar pada 26 Januari.



Kotak media yang dijual kededua syarikat itu menggunakan sistem operasi Android dan biasanya dimuatkan dengan aplikasi yang boleh digunakan bagi menonton bahan hak cipta terlarang tanpa bayaran kepada pemiliknya.



CAP ditubuhkan Oktober lalu oleh penghasil dan pengedar kandungan video di Asia untuk menentang penggunaan kotak media dan aplikasi yang digunakan bagi mencetak rompak bahan hak cipta terpelihara.



Bulan lalu, CAP memohon kepada pemerintah Singapura agar menghalang sofwe yang digunakan dalam kotak media yang dijual di kedai elektronik setempat dan laman dagang elektronik (e-dagang) seperti Lazada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >