Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua penyiasat S'pura bantu siasatan nahas Sriwijaya Air

Jan 18, 2021 | 05:30 AM



DUA penyiasat daripada Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura sedang membantu dalam siasatan nahas pesawat Sriwijaya Air, dedah Kementerian Pengangkuran (MOT) semalam.



Kedua-dua penyiasat itu tiba di Jakarta pada Rabu setelah Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia menerima tawaran bantuan Singapura.



Pesawat SJ 182 telah menjunam ke Laut Jawa tidak lama selepas berangkat dari Jakarta pada 9 Januari lalu, membunuh kesemua 62 orang yang berada dalam pesawat tersebut.



Penyelam laut Indonesia menemui perakam data penerbangan Boeing 737-500 itu beberapa hari kemudian.



Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung, dalam satu kiriman Facebook berkata, salah seorang penyiasat Singapura, Encik Alexander Leong, merupakan pakar perakam penerbangan dan sedang bekerjasama dengan pegawai Indonesia untuk meneliti data yang telah didapatkan.



Seorang lagi, Encik David Lim, merupakan jurutera penyelenggaraan pesawat berlesen yang berada di pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta untuk membantu pasukan di sana meneliti serpihan kapal terbang yang ditemui.



"Mereka berdua secara keseluruhannya mempunyai 18 tahun pengalaman siasatan kemalangan udara.



"Ia merupakan tugas yang teliti dan kompleks. Sebahagian data telah didapatkan semula.



"Kami harapkan pembangunan positif dalam hari-hari mendatang," tulis Encik Ong.



Pesawat SJ 182 yang menuju Pontianak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta pada 9 Januari lalu telah berangkat pada 2.36 petang waktu tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >