Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua pusat vaksinasi kanak-kanak akan terus dibuka

10 pusat lain ditutup pada 30 April
Apr 06, 2022 | 05:30 AM



DUA pusat vaksinasi kanak-kanak di Kelab Masyarakat Hougang dan Kelab Masyarakat Senja-Cashew akan kekal beroperasi menyusuli penutupan 10 pusat sedemikian pada 30 April ini.



Langkah ini diambil setelah kebanyakan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah selesai menjalani program vaksinasi utama mereka, kata Kementerian Kesihatan (MOH), Kementerian Pendidikan (MOE) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dalam satu kenyataan bersama semalam.



MOH akan menyediakan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam dan Poliklinik terpilih untuk menawarkan dos vaksin pediatrik kepada kanak-kanak yang belum menerima siri vaksinasi utama mereka, tambah pihak berkuasa itu. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.



MOH, MOE dan ECDA berkata ia telah melihat pengambilan vaksin yang baik dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun sejak Program Vaksinasi Kebangsaan dilanjutkan kepada golongan usia itu.



Sehingga 3 April, 79 peratus kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun telah sama ada menempah janji temu atau menerima dos pertama mereka bagi vaksin Covid-19, manakala 66 peratus telah menerima dos kedua mereka.



Dalam kalangan pelajar di sekolah rendah, 85 peratus telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama, manakala 74 peratus telah menerima kedua-dua dos.



Di samping itu, kira-kira 33,000 kanak-kanak lahir pada 2016 dan 2017 telah mendaftar di Sistem Janji Temu Kebangsaan MOH.



Lebih 30,000 kanak-kanak dalam golongan usia itu telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama mereka, manakala kira-kira 23,000 telah menerima dos kedua mereka.



10 pusat vaksinasi kanak-kanak yang bakal ditutup adalah Arena@Tampines Hub; Kelab Masyarakat Clementi; tapak bekas Sekolah Menengah Hong Kah; Kelab Masyarakat Jalan Besar; Kelab Masyarakat Marine Parade; Kelab Masyarakat Nee Soon East; Kelab Masyarakat Pasir Ris Elias; Kelab Masyarakat Serangoon; Kelab Masyarakat Toa Payoh West dan Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy.



Pusat vaksinasi ini, menerusi Sistem Janji Temu Kebangsaan, akan menerima janji temu dos pertama kanak-kanak sehingga 9 April dan dos kedua kanak-kanak sehingga 30 April.



Ibu bapa dan penjaga yang ingin langsung membuat janji temu dos pertama untuk anak atau anak jagaan mereka di mana-mana daripada 10 pusat vaksinasi yang tersenarai harus berbuat demikian sebelum 9 April, kata kenyataan itu.



"Kami menggalak ibu bapa/penjaga untuk memanfaatkan sepenuhnya kapasiti dan kawasan baik pusat vaksinasi kami yang tersebar luas semasa ia masih lagi beroperasi sepanjang bulan ini.



"Vaksinasi kekal sebagai bahagian penting dalam strategi kami untuk memastikan anak-anak kita sihat dilindungi daripada penyakit yang teruk sekiranya mereka dijangkiti Covid-19," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >