Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua remaja cedera dek kejutan elektrik di tiang lampu Lorong 5 Toa Payoh

Jun 14, 2021 | 10:40 PM



DUA remaja cedera dek kejutan elektrik daripada tiang lampu di Lorong 5 Toa Payoh pada Ahad lalu (13 Jun).



Kejadian itu berlaku pada sekitar 8.25 malam apabila mereka cuba mendapatkan bola dari sudut bersenam di hadapan blok 63.



Menurut laporan Shin Min Daily News, kedua-dua remaja itu bermain bola sepak sebelah taman permainan berdekatan sudut bersenam itu.



Majlis Bandaran Bishan-Toa Payoh, yang menguruskan kawasan tersebut berkata, ia diberitahu tentang kejadian itu sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.



Tiada kejadian serupa pernah dilaporkan di estet kejiranan tersebut.

Tiang lampu di Lorong 5 itu terakhir diperiksa oleh pekerja elektrik berlesen awal tahun ini, dan pemeriksaan berikutnya dijadualkan pada Julai ini, kata majlis bandaran itu.



"Majlis bandaran sedang melakukan siasatan ke atas punca kejutan elektrik itu," tambahnya.



Pemeriksaan dilakukan setiap enam bulan untuk memastikan pemasangan alat elektrik selamat.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya menerima panggilan bantuan pada 8.25 malam pada hari Ahad di Blok 63 Toa Payoh Lorong 5.



Dua orang dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK, tambah SCDF. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >