Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua remaja disiasat kerana jual barang kebesaran polis tanpa lesen

Nov 15, 2016 | 02:52 PM



DUA remaja berusia 15 dan 19 tahun sedang disiasat kerana menjual barang lambang kebesaran polis dalam talian, kata polis dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa (15 Nov).



Pada Isnin lalu (7 Nov), polis menerima dua laporan berasingan bahawa barang lambang kebesaran polis dijual di pelbagai platform dalam talian.



Pegawai Polis Divisyen Tanglin menjalankan siasatan susulan dan mengenal pasti identiti dua remaja terlibat dalam penjualan barang-barang itu.



Mereka menjual barang seperti pingat dan reben perkhidmatan polis tanpa lesen.



Polis menasihatkan orang ramai bahawa penjualan barang kebesaran polis tanpa lesen adalah satu kesalahan di bawah Akta Polis.



Pesalah boleh dikenakan denda hingga $10,000 dan/atau penjara hingga tiga tahun.



Minggu lalu, selori penuh uniform penyamaran Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dirampas oleh Tentera Laut Indonesia berhampiran Batam.



Penjualan uniform atau peralatan SAF tanpda kebenaran juga satu kesalahan di bawah undang-undang tentera Singapura. Mereka yang menggelapkan atau mencuri harta benda SAF boleh dipenjara hingga tiga tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >