Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Dua remaja dituduh cederakan seorang lagi remaja

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dua remaja dituduh cederakan seorang lagi remaja

Sep 18, 2015 | 02:15 PM

DUA remaja didakwa di mahkamah pada Jumaat (18 Sep) kerana menyebabkan kecederaan ke atas seorang lagi remaja dengan pisau.

Muhammad Taufiq Mohamad Raffi dan Sivaraj Manickam, kededuanya 18 tahun, didakwa mengelar Muhammad Nasrun Isa, 17 tahun, di kepala, badan belakang dan lengan kirinya di Yio Chu Kang Road pada kira-kira 5 petang 14 September lalu.

Mereka, yang ditangkap pada Khamis lalu, ditahan bagi siasatan lanjut.

Kes mereka akan didengar pada 25 September.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun, denda, rotan atau sebarang gabungan tiga hukuman itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3