Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBUKAAN SEMPADAN

Dua sahabat ghairah ingin hirup udara sejuk Melbourne

Apr 25, 2022 | 05:30 AM



BAKAL menaiki kapal terbang buat kali pertama sejak penularan Covid-19 di sini, Cik Siti Aisyah Sazali berasa gementar tetapi ghairah untuk berlepas ke Australia Julai tahun ini setelah tidak melancong selama tiga tahun.



Sebaik sahaja pengumuman kelonggaran sempadan diumumkan pada hujung Mac, Cik Siti Aisyah bergegas mengatur perancangan bagi perjalanannya ke Melbourne, Australia.



Melancong ke Melbourne selama sebulan nanti, anak muda berusia 26 tahun itu akan turut disertai oleh Cik Nur Aisyah Abdul Karim, yang akan kembali ke sana untuk menamatkan pengajian penggal terakhirnya di Universiti Monash tahun ini.



"Sebenarnya, saya dan Nur Aisyah telah merancang untuk mengambil cuti dan melancong bersama-sama pada Januari 2020.



"Tetapi akibat penularan Covid-19 yang semakin teruk ketika itu, kita akhirnya membatalkannya," kata Cik Siti Aisyah sambil menambah bahawa kali terakhir dia melancong adalah pada September 2019 ke Ho Chi Minh, Vietnam untuk kerja.



Ditanya pendapatnya tentang kelonggaran undang-undang, Cik Siti Aisyah berkata, dia pada awalnya ragu-ragu sekiranya terdapat peningkatan dalam kes Covid-19 di sini dengan pembukaan sempadan.



Namun begitu, dia yang merupakan seorang penganalisis data, berkata terdapat kebaikan juga dengan pembukaan sempadan kerana ramai keluarga yang terpisah dapat bersatu semula.



Sebagai persiapan untuk pelancongan mereka, kedua-duanya, Cik Siti Aisyah dan Cik Nur Aisyah sudah mula mengkaji tentang undang-undang di sana.



"Kami sentiasa menyemak perubahan undang-undang dan berkongsi antara satu sama lain tentang apa yang perlu disediakan.



"Ini termasuk sijil digital vaksinasi, memuktamadkan tempahan ujian Rantaian Polimerase (PCR)/ujian pantas antigen (ART) kami yang diperlukan, menyemak sebarang kemungkinan perubahan dalam situasi Covid-19 di Australia," ujarnya.



Tidak sabar untuk memulakan penggal terakhirnya di universiti pula, Cik Nur Aisyah mengalu-alukan pembukaan sempadan semula.



"Selagi kami mengambil langkah berjaga-jaga, kami akan selamat saja.



"Menyediakan insurans Covid-19 dan mempunyai dokumen yang diperlukan, saya tidak sabar untuk pulang ke Melbourne dan meneroka tempat itu semula dengan rakan saya.



"Setelah melihat rakan-rakan yang pergi ke Korea, Paris dan Sepanyol apabila Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) bermula, dan berjalan lancar, saya pun berasa yakin untuk melancong secara santai," kata pelajar dalam bidang hubungan antarabangsa itu.



Tidak sabar menikmati musim sejuk di Melbourne nanti, kedua-dua anak muda itu merancang untuk bermain ski dan meneroka kafe-kafe yang terdapat di sana.



Meskipun ramai yang kini bergegas untuk melancong sebaik sahaja sempadan dibuka semula, Cik Nur Aisyah, 26 tahun, berkata mungkin bukan sesuatu yang orang ramai mahu lakukan.



"Keadaan setiap orang berbeza.



"Ini mungkin disebabkan oleh masalah kewangan, mereka yang ingin cuba bebas daripada Covid-19 kerana mereka melindungi seseorang di rumah yang rentan atau sakit, atau mungkin mereka tidak selesa untuk keluar semasa Covid-19 masih ada.



"Apa-apa pun pilihan, menangguh pelancongan mereka sehingga Covid-19 hapus adalah pilihan mereka sendiri," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >