Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua saintis terkemuka bakal letak jawatan di A*Star

Dec 16, 2017 | 02:11 PM



Dua saintis yang mendorong pembangunan sektor bioperubatan Singapura bakal meletakkan jawatan kepimpinan utama mereka di A* Star selepas lebih daripada satu dekad menerajui beberapa institut penyelidikan utama. 



Profesor Jackie Ying, pengarah eksekutif Institut Biokejuruteraan dan Nanoteknologi (IBN) A*Star dan Profesor Birgitte Lane, ketua Institut Perubatan Biologi (IMB), akan meletakkan jawatan pada 31 Mac tahun depan, menurut jurucakap A*Star. 



Walaupun mereka akan terus berkhidmat sebagai saintis kanan A*Star dan mengendalikan makmal mereka sendiri, kededuanya tidak lagi terlibat dalam megendalikan institut-institut tersebut serta menentukan arah penyelidikannya. 



Pengumuman langkah itu Rabu lalu mengejutkan beberapa saintis dan beberapa daripada mereka telah menyatakan ketidakpastian mengenai bagaimana kerja mereka akan terjejas. 

Kededua wanita merupakan ahli penyelidik terkemuka, yang diberi tawaran oleh bekas pengerusi A*Star, Philip Yeo dari seluruh dunia untuk membangunkan sains bioperubatan Singapura, sejak dua dekad lalu. 



Perubahan kepimpinan tersebut tiba pada masa A* Star, agensi utama sektor awam yang menerajui penyelidikan dan pengembangan,  sedang menjalani perubahan struktur, termasuk mengkaji semula mekanisme pembiayaannya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >