Dua sasterawan mapan bakal serikan sesi kesusasteraan
DEMI memperkukuh dan merancakkan lagi dunia kesusasteraan dan persuratan antara Singapura dengan Malaysia, satu sesi sembang sasterawan yang menggabungkan dua sasterawan mapan akan diadakan.
Sesi istimewa 'Sembang Sasterawan Negara: Kesusateraan Pemangkin Kemajuan' itu bakal mengetengahkan dua sasterawan terkenal - Suratman Markasan dari Singapura dan Profesor Siti Zainon Ismail dari Malaysia.