Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua sekolah bergabung lebih awal bantu semakan penjajaran laluan

Apr 08, 2021 | 05:30 AM



SEKOLAH Rendah Juying (JYPS) dan Sekolah Rendah Pioneer (PPS) akan bergabung tahun depan, jauh lebih awal daripada gabungan sekolah-sekolah lain.



Langkah tersebut perlu diambil bagi membantu dalam semakan penjajaran Laluan Daerah Jurong (JRL) yang akan melalui PPS.



Ini akan menawarkan laluan perjalanan lebih lancar serta memperbaiki penyelenggaran dan operasi laluan.



Bagi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) meneruskan semakan penjajaran dan memastikan ia menepati garis masa penyelesaian, tapak PPS itu akan diserahkan kepada kontraktor LTA pada 2022 agar kerja-kerja binaan bagi laluan JRL boleh bermula.



Selain itu, untuk memenuhi permintaan bagi tempat di sekolah rendah di Tengah dan mengambil kira permintaan yang merosot di kawasan Jurong West, gabungan sekolah itu akan ditempatkan di tapak sekolah JYPS mulai tahun depan hingga 2024 sebelum berpindah ke kampus baru di Tengah pada 2025.



Dalam satu sidang media dalam talian semalam, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata pihak kementerian akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada gabungan sekolah ini.



Namun MOE menambah ini bukan kali pertama di mana gabungan telah diumumkan dan proses pemindahan berlaku pada tahun itu juga.



Gabungan sekolah JYPS dan PPS itu juga tidak akan mengambil kohort darjah satu baru di tapak sementara mulai 2022 hingga 2024.



Sebaliknya, ia akan hanya mengambil kohort darjah satu hanya selepas berpindah ke kampus baru di Tengah pada 2026.



Murid-murid daripada gabungan sekolah ini akan kekal di kampus JYPS dan kohort terakhir darjah enam akan tamat pengajian pada 2026.



Ini bermakna mulai 2025 hingga 2026 gabungan sekolah itu akan beroperasi di dua kampus untuk mengurangkan keperluan murid darjah lima dan enam untuk pergi ke kampus baru di Tengah.



Pengetua Sekolah Rendah Pioneer, Cik Loke Wai Ling memberitahu Berita Harian (BH) bahawa para kakitangan sekolahnya memahami rasional gabungan itu.



"Ada kakitangan telah bersama dengan sekolah bagi tempoh yang lama dan secara alami, akan berasa sedih.



"Mereka akan mengambil masa lebih lama untuk menghadam berita ini. Kami akan mendekati mereka secara individu untuk menangani sebarang persoalan atau keprihatinan," katanya.



Beliau menambah banyak perkara yang akan perlu diteliti bagi peralihan yang licin apabila mereka beroperasi ke Sekolah Rendah Juying tahun depan.



"Pada masa yang sama, kita juga perlu memastikan pembelajaran murid-murid tidak akan teruk terjejas sepanjang tahun ini," katanya lagi.



Menurut MOE, sejak 2010, sebanyak 34 pasang sekolah telah bergabung.



Selain itu, sejumlah 23 sekolah baru telah dibuka sejak 2010, dengan majoriti sekolah rendah di estet perumahan baru seperti di Punggol dan Sengkang.



Di samping itu, sekolah-sekolah lain yang terlibat dalam latihan penggabungan kali ini mempunyai sejarah yang lama.



Sekolah Menengah Tanglin yang ditubuhkan pada 1964 sebagai Sekolah Teknikal Menengh Bersepadu Tanglin, baru-baru ini telah bergabung dengan Sekolah Menengah Clementi Woods pada 2016.



Ia akan bergabung dengan Sekolah Menengah New Town pada 2023, yang ditubuhkan pada 1965, tahun di mana Singapura meraih kemerdekaan.



Di samping itu, selain bilangan pendaftaran yang merosot, pelan pembangunan masa depan di tapak Sekolah Menengah Tanglin juga merupakan antara pertimbangan bagi penggabungan dengan Sekolah Menengah New Town.



Lebih banyak perincian akan diberikan oleh agensi yang relevan apabila siap kelak.



Kementerian pendidikan juga "amat berhati-hati" bahawa gabungan ini "bukan perkara terbaik yang boleh berlaku kepada sekolah", apabila menyentuh tentang beberapa gabungan sekolah yang berlaku dalam beberapa tahun ini.



"Misalnya di Bedok, kita sudah meninjau bilangannya. Bedok merupakan estet matang selama beberapa tahun, dan bilangan pelajar sekolah menengah telah merosot dengan banyaknya.



"Justeru apabila penggabungan pertama berlaku pada 2016, kita tahu ia menunggu masa sahaja sebelum kita perlu mempertimbangkan lebih banyak gabungan di kawasan tersebut," kata MOE.



Sekolah Rendah Telok Kurau sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Inggeris Telok Kurau, yang ditubuhkan pada 1926. Alumninya termasuk mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew dan mantan Perdana Menteri Malaysia, Hussein Onn.




"Ada kakitangan telah bersama dengan sekolah bagi tempoh yang lama dan secara alami, akan berasa sedih.

"Mereka akan mengambil masa lebih lama untuk menghadam berita ini. Kami akan mendekati mereka secara individu untuk menangani sebarang persoalan atau keprihatinan.''

- Cik Loke Wai Ling, Pengetua Sekolah Rendah Pioneer




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >