DUA sepupu yang mendakwa waris terakhir Kesultanan Riau-Lingga - Tengku Abdul Hamid Tengku Mohamed Adam dan Raja Mohamed Said - telah membuat Akuan Berkanun (SD) demi mengukuhkan kedudukan dan kepentingan mereka sebagai pentadbir warisan dan peninggalan kesultanan yang kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah.
Pengakuan sebagai waris Sultan Abdul Rahman Muazzam Syah II, sultan ke-10 dan terakhir kerajaan Riau-Lingga, itu dibuat menerusi peguam yang bertindak selaku notari awam pada 26 Januari lalu.