Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA

Dua skim baru beri fleksibiliti gajikan pekerja Pas S, Permit Kerja

Mar 05, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan melancarkan satu skim baru yang memberi fleksibiliti kepada firma dalam bidang keutamaan ekonomi untuk mengambil lebih ramai pemegang Pas S dan Permit Kerja, bagi tempoh terbatas.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan menyokong Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) serta agensi ekonomi tertentu untuk melancarkan Skim Tenaga Manusia bagi Keutamaan Ekonomi Strategik (M-Sep).



Mengumumkannya semalam, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata sebagai permulaan, MTI dan agensi ekonomi akan menyokong firma yang memenuhi kriteria terlibat dalam kegiatan pelaburan tinggi, inovasi atau pengantarabangsaan.



Ini termasuk firma yang menyertai skim sedia ada seperti SG Maju di bawah Enterprise Singapore (ESG) serta Skim Penyelidikan dan Inovasi bagi Syarikat di bawah Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).



Selain menyokong bidang keutamaan ekonomi yang strategik, perniagaan ini perlu memberi komitmen akan membangunkan tenaga kerja setempat.



Butiran masih diusahakan, dan pemerintah akan memperkenalkan skim itu tahun ini.



Selain itu, MOM akur ada perniagaan menggajikan pekerja berpangkat rendah di bawah Pas S disebabkan sekatan di bawah Permit Kerja. Dengan adanya langkah meningkatkan mutu S Pas, MOM akan membenarkan perniagaan dalam Sektor Perkhidmatan dan Perkilangan menggajikan beberapa pemegang S Pas ini di bawah Permit Kerja.



MOM akan memperkenal Senarai Pekerjaan Sumber Bukan Tradisional (NTS) pada 1 September 2023. Ia adalah senarai terhad pekerjaan berpangkat rendah dan majikan boleh menggajikan pekerja asing NTS di bawah Permit Kerja. Ini akan termasuk pekerja seperti pengimpal dan pekerja proses makanan serta tukang masak di restoran makanan India.



Dr Tan menarik perhatian bahawa restoran dan perniagaan lain dalam sektor perkhidmatan sudah pun boleh menggajikan pemegang Permit Kerja dari China dan Malaysia.



Senarai itu akan tertakluk kepada kuota, selain kawalan lain.



"Kami akan mengkaji jika lebih banyak pekerjaan yang perlu dimasukkan ke dalam senarai itu. Namun, saya ingin menjelaskan ini tidak menandakan pelonggaran sumber Permit Kerja secara meluas," kata Dr Tan.



Beliau menambah bahawa rakan kerja tiga pihak juga mempunyai konsensus jelas mengenai kepentingan usaha mempertingkat pekerja gaji rendah tempatan, yang bersaing secara langsung dengan pemegang Permit Kerja.



Oleh itu, pemerintah akan terus membataskan sumber Permit Kerja bagi menyokong usaha membantu pekerja gaji rendah tempatan.



Kededua skim baru itu - M-Sep dan Senarai Pekerjaan NTS - akan melengkapi perubahan pada rangka kerja pas kerja, dengan menyokong pertumbuhan perniagaan yang menyumbang kepada keutamaan strategik Singapura, dan akhirnya mewujudkan peluang pekerjaan bagi pekerja tempatan, kata Dr Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >