Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua skim perintis bantu penjaja manfaat wadah digital

Sep 24, 2021 | 05:30 AM



DUA skim perintis akan dilaksanakan untuk membantu penjaja memanfaatkan wadah digital dan penghantaran dalam talian demi merancakkan perniagaan mereka.



Di bawah satu skim itu, laman Facebook akan ditubuhkan untuk membolehkan penduduk atau pertubuhan untuk membeli makanan daripada penjaja berdekatan secara berkumpulan.



Satu lagi skim berasingan pula akan menyelaras tempahan daripada pelbagai wadah penghantaran dan membolehkan pelanggan untuk membeli daripada pelbagai gerai dalam satu pusat penjaja.



Usaha tersebut diumumkan Perikatan untuk Bertindak (AfA) SG Bersama - Tempahan Dalam Talian bagi Penjaja semalam.



Kumpulan bertindak itu ditubuhkan pada Jun lalu untuk membantu penjaja yang terjejas dengan pandemik Covid-19 dan membantu mereka memanfaatkan wadah digital untuk merancakkan perniagaan.



Ahli perikatan itu merangkumi penjaja serta syarikat penghantaran makanan - Deliveroo, FoodPanda, Grab dan WhyQ.



Di bawah skim pertama yang dinamakan Kumpulan Sokongan Penjaja Digital (DSH), sebanyak 30 pusat penjaja di serata Singapura akan menyertai skim itu dari Oktober hingga Disember ini.



Laman Facebook akan dibuka bagi pusat penjaja ini untuk mengendalikan tempahan secara berkumpulan yang diterima menerusi laman tersebut.



Inisiatif itu akan diterajui anggota masyarakat yang berminat membantu perniagaan penjaja setempat, atau 'pejuang penjaja digital' di bawah kumpulan sokongan itu.



Kumpulan itu juga boleh menganjurkan kerjasama dengan poliklinik atau syarikat-syarikat yang beroperasi berdekatan pusat penjaja itu untuk mengaturkan tempahan secara beramai-ramai.



Seorang duta Pejabat Digital SG (SDO) juga akan ditempatkan di setiap pusat penjaja di bawah skim perintis tersebut untuk menyelaras usaha itu dan memastikan ia berjalan lancar, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dalam satu kenyataan bersama semalam.



Satu lagi usaha perintis pula merupakan sebuah model 'pemerolehan tempahan umum' melibatkan platform WhyQ yang menyelaras tempahan daripada pelbagai wadah penghantaran makanan terkemuka seperti Grab, Deliveroo dan Foodpanda.



Skim ini akan dijalankan di 14 pusat penjaja, termasuk di pusat makanan seperti Chomp Chomp, Zion Riverside, Pasar dan Pusat Makanan Taman Jurong.



Di bawah skim itu, pelanggan boleh menempah makanan daripada beberapa gerai dalam satu pusat penjaja daripada platform pilihan mereka, yang kemudian akan diselaras oleh seorang pegawai WhyQ yang ditugaskan di pusat penjaja tersebut.



WhyQ akan menguruskan semua urus niaga dan bayaran kepada penjaja dan penjaja akan menerima bayaran itu pada hari yang sama tanpa menanggung sebarang komisen.



Menurut NEA dan IMDA, sejak AfA - Tempahan Dalam Talian bagi Penjaja ditubuhkan pada Jun lalu, seramai 5,500 penjaja dari 113 pusat penjaja yang dikendali NEA atau ejen-ejen dilantik mereka telah didekati duta SDO untuk membantu mereka menyediakan urus niaga digital sebagai tambahan kepada urus niaga fizikal.



Bilangan gerai penjaja di pusat penjaja di bawah pengurusan NEA yang mula menggunakan platform online juga naik daripada 34 peratus di permulaan kempen itu Jun lalu hingga 47 peratus kini.



Mengulas tentang skim DSH, Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran) Dr Amy Khor, yang hadir dalam satu taklimat media dalam talian berkata:



"DSH dan pejuang penjaja digital boleh membantu penjaja melihat potensi perniagaan mereka yang melangkaui pelanggan yang datang ke kedai mereka dengan meraih lebih banyak peluang tempahan dalam talian menerusi tempahan beramai-ramai.



"Ini juga untuk membimbing pegerai lain di pusat penjaja tersebut yang mungkin tidak begitu mahir dari segi teknologi."



Beliau juga berkata, perkhidmatan seperti ini adalah sebagai persiapan untuk penjaja menyesuaikan diri dengan sekitaran perniagaan yang melangkaui pandemik Covid-19, kerana "trend tempahan dalam talian dan penghantaran ini akan kekal berterusan".



Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, yang turut hadir dalam taklimat itu pula menyentuh tentang model pemerolehan umum tanpa komisen itu.



"Penjaja yang prihatin terhadap bayaran komisen boleh memilih untuk menyertai model ini yang mana pelanggan akan membuat bayaran secara langsung ke platform itu.



"Pelanggan juga boleh melihat dengan jelas, berapa banyak mereka telah dikenakan bayaran dan siapa akan menerima bayaran mereka itu. Ini supaya mereka boleh membuat keputusan sama ada bayaran yang dikenakan itu adalah wajar dan boleh memilih platform pilihan mereka sendiri," kata Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >