Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua suspek ditangkap kerana tanam pohon ganja di Yishun

Sep 11, 2019 | 03:38 PM



 SEORANG lelaki berusia 44 tahun dan wanita berusia 52 tahun diberkas  kerana disyaki menanam pohon ganja di sebuah rumah di Yishun Street 31.

 

Para pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) menyerbu sebuah unit flat  selepas pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menemui alat-alat yang disyaki digunakan untuk dadah di ruang bungkusan pos di Pusat SingPost.



Mereka mendapati pelbagai jenis alat-alat kaca, dua pohon yang diletak dalam pasu, beberapa alat yang lain serta nota arahan untuk menanam pohon ganja, menurut kenyataan bersama CNB and ICA pada Selasa (10 September) lalu.



Pohon ganja itu dijaga dengan rapi dalam sebuah rumah hijau buatan sendiri yang dilengkapi dengan peranti kawalan suhu, cahaya dan kelembapan.



Gambar-gambar yang diambil sewaktu operasi itu menunjukkan cara penjagaan pohon ganja yang canggih dan mereka juga mendapati nota arahan yang diletakkan di dinding unit rumah itu.



Dalam siaran itu juga, CNB mengingatkan orang ramai bahawa ganja adalah suatu jenis dadah Kelas A yang terkawal.



Penggunaan, pemilikan, dagangan, import atau eksport sebarang dadah terkawal adalah satu kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.



Menanam pohon untuk menghasilkan bahan dadah juga merupakan kesalahan di bawah akta itu.



Sesiapa yang menanam ganja boleh dipenjara sehingga 20 tahun, atau didenda sehingga $ 40,000, atau kedua-duanya sekali.



 Siasatan masih berterusan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >