Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua tahanan ISA warga S’pura dibebas selepas ‘kemajuan baik’ dalam pemulihan

Nov 30, 2023 | 05:01 PM



Dua warga Singapura yang menjadi radikal secara sendiri, Suderman Samikin, 51 tahun, dan Mustafa Sultan Ali, 60 tahun, dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Julai 2023 selepas menunjukkan kemajuan baik dalam pemulihan mereka.

Satu kenyataan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Khamis berkata Suderman dan Mustafa dibebaskan selepas mereka dinilai tidak lagi menimbulkan ancaman keselamatan yang memerlukan penahanan pencegahan.

Mereka dibebaskan pada Julai 2023 di bawah Perintah Sekatan (RO), yang membataskan pergerakan mereka dan akses kepada Internet.

Suderman ditahan di bawah ISA pada Julai 2019 kerana dia penyokong tegar kumpulan pengganasan ISIS dan merancang pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan itu.

Mustafa pula pergi ke Turkey pada Jun 2015 dengan niat ke Syria untuk menyertai dan berjuang bersama ISIS. Dia ditangkap oleh pihak berkuasa Turkey dan dihantar pulang ke Singapura, dan kemudian ditahan di bawah ISA pada Julai 2015.

Menurut ISD, seseorang yang dibebaskan di bawah RO mesti mematuhi beberapa syarat dan sekatan. Sebagai contoh, individu itu tidak dibenarkan menukar tempat tinggal atau pekerjaannya, atau melancong keluar dari Singapura tanpa kebenaran Pengarah ISD.

Individu itu juga tidak boleh mengakses Internet atau media sosial, mengeluarkan kenyataan awam, berucap di mesyuarat awam, atau mencetak, mengedar dan menyumbang kepada sembarang penerbitan, memegang jawatan dalam, atau menjadi ahli sembarang pertubuhan, persatuan atau kumpulan tanpa kebenaran Pengarah ISD.

Secara berasingan, ISD berkata RO terhadap empat warga Singapura telah dibenarkan luput apabila tamat tempohnya antara Mac dengan September 2023 kerana mereka menunjukkan “kemajuan baik” dalam pemulihan.

Mereka ialah Mohamed Fairuz Junaidi, 43 tahun; Syaikhah Izzah Zahrah Al Ansari, 28 tahun; Amiruddin Sawir, 60 tahun; dan Abu Thalha Samad, 32 tahun.

Mohamed Fairuz dan Syaikhah Izzah sebelum ini menyokong ISIS dan mempertimbangkan untuk pergi ke Syria bagi menyertai kumpulan itu.

Amiruddin pernah terlibat dalam konflik bersenjata di Yaman semasa dia belajar di sana antara 2013 dengan 2015, sebelum dia ditahan pada Ogos 2015.

Abu Thalha pula bekas anggota Jemaah Islamiyah (JI) yang ditahan pada September 2017 selepas dia diusir dari sebuah negara serantau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >