Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERUBAHAN PEMIMPIN KEAGAMAAN MUIS

Dua Timbalan Mufti dilantik

Jan 10, 2020 | 05:30 AM



Murat cendekiawan Islam dihormati



USTAZ Mohd Murat Md Aris akan menyelia dasar keagamaan termasuk pembangunan fatwa dan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).



Seorang cendekiawan Islam yang dihormati masyarakat asatizah dan memiliki pengetahuan mendalam dalam bidang teologi dan pemahaman Islam, Ustaz Murat mempunyai pengalaman luas dalam kerja-kerja berkaitan dasar keagamaan dan pendidikan Islam.



Sebelum ini, beliau menyandang jawatan Pemangku Pengarah Kanan Pendidikan di Muis dan pernah memegang jawatan Pengarah di Pejabat Mufti.



Melebihi Muis, Ustaz Murat juga adalah pakar rujuk dalam pembentukan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan telah memainkan peranan penting dalam pembangunan asatizah sebagai anggota Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).



Beliau merupakan lulusan Universiti Al-Azhar, Kahirah, Mesir dalam bidang Akidah dah Falsafah.



Ustaz Murat juga memiliki Diploma dalam Undang-Undang Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia selain ijazah Sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.



Beliau kini memburu ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengajian Keagamaan di Universiti Cape Town, Afrika Selatan.




Hannan miliki kepakaran silang agama



USTAZ Dr Mohammad Hannan Hassan akan menyelia pembangunan asatizah dan kurikulum madrasah.



Beliau kini menyandang jawatan Timbalan Pengarah (Pembangunan Keupayaan) di Pejabat Mufti dan juga Naib Dekan Akademi Muis.



Beliau sebelum ini pernah mengetuai pembangunan Pusat Harmoni dan mempunyai pengalaman luas dalam hubungan antara agama.



Kini, Dr Hannan sedang menerajui pembangunan Sijil Possiswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS).



Dr Hannan menyertai Muis pada 1997 sebagai Pegawai Kanan di Jabatan Pendidikan Islam.



Beliau memiliki pengkhususan dalam Pendidikan Islam, hubungan Muslim-Yahudi, hubungan antara agama, sejarah dan falsafah undang-undang Islam serta Etika Islam.



Sejajar dengan bidang pengkhususannya, Dr Hannan terlibat secara aktif dalam dialog silang agama dan telah menyumbang kepada pelbagai mesyuarat antarabangsa berkenaan hubungan antara agama.



Beliau juga merupakan anggota lembaga International Abrahamic Forum (AIF) iaitu sebahagian daripada Majlis Antarabangsa Kristian dan Yahudi (ICCJ).



Dr Hannan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Kuwait dan Sarjana Kesusasteraan dalam Tamadun Islam dari Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac).



Beliau menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengajian Islam dari Universiti McGill, Canada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >