DUA tukang masak hotel semalam didakwa menerima rasuah daripada seorang bos kedai roti dan isterinya untuk terus membuat pesanan dengan syarikat kedai roti itu.
Chow Pak Chow, 55 tahun, yang bekerja di Hotel Grand Pacific, dan Patrick Yeo Teck Gin, 48 tahun, seorang tukang masak eksekutif di Hotel Bayview, masing-masing dikenakan sebanyak 64 tuduhan.