Dua tumpuan baru bantuan teknikal S'pura ke luar negara
Jul 02, 2015 | 05:30 AM
BANTUAN teknikal Singapura kepada masyarakat antarabangsa kini mempunyai dua tumpuan baru, iaitu latihan teknikal dan vokasional serta kepimpinan sektor awam, kata Menteri Ehwal Luar, Encik K. Shanmugam.
"Banyak negara membangun menghadapi cabaran membekalkan tenaga kerja muda mereka dengan kemahiran untuk menyokong pembangunan ekonomi mereka," ujar Encik Shanmugam.