Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua ujian makmal Covid-19 penumpang Royal Caribbean didapati negatif, diuji lagi esok: MOH

Dec 09, 2020 | 11:15 PM




PENUMPANG kapal persiaran Quantum of the Seas milik syarikat Royal Caribbean yang disahkan positif Covid-19 pada pagi Rabu (9 Dis) kini didapati tidak dijangkiti koronavirus itu.




Dalam kenyataannya pada lewat Rabu malam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata sampel asal lelaki berusia 83 tahun itu telah diuji semula di Makmal Kesihatan Awam Nasional (NPHL) dan didapati negatif Covid-19.



Sampel baru yang diuji oleh NPHL juga negatif.



NPHL akan menjalankan satu lagi ujian esok untuk mengesahkan status Covid-19 lelaki itu, kata MOH.




Sebanyak enam kes Covid-19 baru disahkan pada Rabu dengan kesemuanya merupakan kes yang diimport.





Ini termasuk satu warga Singapura, dua penduduk tetap dan tiga pemegang permit kerja.




Enam lagi kes telah pulih dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Secara keseluruhan, 58,182 kes telah sembuh sejauh ini.



Seramai 20 pesakit masih lagi dirawat di hospital dan lagi 60 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.



Seramai 29 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >