Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua unit aset AS heret Singtel rugi $1.21b

May 15, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT Singapore Telecommunications berkata ia menjangka kerugian luar biasa sekitar $1.21 bilion bagi laporan akhir tahunannya, berikutan kerugian dua unit aset yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Amobee dan firma keselamatan siber Trustwave Holdings.



Singtel juga telah memulakan semakan strategik untuk meneroka pilihan bagi kededua perniagaan itu yang merangkumi penyusunan semula produk, penghapusan sebahagian atau sepenuhnya kededua unit, atau gabungan dengan pihak berkepentingan lain dalam industri.



"Kami terbuka kepada semua jenis kerjasama dan perjanjian strategik, termasuk mengundang pelabur yang mempunyai keupayaan seiring dan mampu mempertingkat nilai perniagaan," kata ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan Encik Yuen Kuan Moon, dalam satu kenyataan semalam.



"Keselamatan siber kekal sebagai teras strategi kumpulan kami dan khidmat ICT (teknologi perhubungan dan maklumat) dan semakan ini bertujuan memastikan kami merebut peluang pertumbuhan di Asia Pasifik."



Bagi separuh kedua tahun ini, kerugian luar biasa bersih Singtel adalah $839 juta.



Perangkaan ini belum lagi muktamad, kerana audit statutori bagi Singtel dan subsidiarinya masih dijalankan, kata syarikat itu.



Syarikat itu dijangka mengumumkan laporan separuh kedua tahun dan laporan lengkap pada 27 Mei, apabila Encik Yuen, yang mengambli alih kepimpinan pada Januari, memberi butiran lanjut mengenai keutamaan dan arah strategik syarikat itu.



SingTel memperolehi Amobee dengan harga AS$321 juta ($428 juta) pada 2012 dan melengkapkan pemerolehan Trustwave pada harga yang dikurangkan, iaitu AS$770 juta, pada 2016.



Singtel berkata nilai Amobee yang boleh dikaup semula, dan perniagaan keselamatan siber sedunia, termasuk Trustwave, dinilai di bawah nilai syarikat di atas kertas atau carrying value sehingga 31 Mac.



Justeru, kumpulan itu menjangka merakamkan caj kemerosotan atau impairment charge bukan tunai AS$438 juta dan AS$250 juta masing-masing terhadap aset bukan fizikal dan reputasi Amobee dan perniagaan keselamatan siber sedunia pada separuh kedua tahun ini.



Caj kemerosotan itu berdasarkan anggaran terbaik Singtel.



Baki nilai di atas kertas Amobee dan perniagaan keselamatan siber sedunia Singtel adalah AS$380 juta dan AS$517 juta.



Singtel juga berkata unit Optus di Australia menjangka merakamkan caj bukan kemerosotan A$197 juta yang disebabkan rangkaian akses tetap terdahulu yang tidak lagi akan digunakan.



Kerugian luar biasa Singtel dijangka dapat diimbangi sebahagian oleh pendapatan $98 juta yang diramal daripada peratusan sahamnya dalam syarikat bersekutu di India Bharti Airtel, selepas syarikat tersebut menambah saham yang ditawarkan untuk dipertimbangkan bagi ekuiti pemerolehan dalam Bharti Telemedia pada Mac tahun ini.



Saham Singtel didagang dengan harga $2.38 pada 9.06 pagi semalam, merosot 1.25 peratus atau tiga sen, selepas pengumuman itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >