Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Dua usulan mengenai pekerjaan dan dasar bakat asing akan dibahas hari ini

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



DUA usulan berasingan mengenai pekerjaan dan dasar bakat asing Singapura akan dibahaskan secara serentak di Parlimen hari ini.



Ini memandangkan kededua usulan itu meliputi isu dan topik yang berkaitan, kata Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, di Parlimen, semalam.



Tetapi beliau menambah, sementara perbahasan mengenai dua usulan itu akan dijalankan bersama agar lebih cekap, usulan itu kekal berasingan dan para Anggota Parlimen akan mengundi secara berasingan.



"Perbahasan serentak akan membolehkan para anggota untuk menangani kededua usulan dalam satu ucapan tunggal dan membolehkan isu-isu dibangkitkan dalam kededua usulan itu dipertimbang secara menyeluruh," jelas Cik Rajah.



Usulan pertama telah difailkan oleh AP Tanpa Kawasan Undi (NMP) dari Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai.



Ia menyatakan:



"Parlimen ini menyeru kepada pemerintah supaya mengambil tindakan segera dan konkrit bagi menangani kegelisahan yang meluas dalam kalangan warga Singapura mengenai pekerjaan dan sumber pendapatan yang disebabkan oleh Dasar Bakat Asing dan peruntukan pergerakan warga negara asal dalam beberapa perjanjian perdagangan bebas Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh (Ceca) Singapura India."



Usulan kedua, yang difailkan oleh Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, menyatakan bahawa Parlimen:



- Kenal pasti kegelisahan warga Singapura mengenai pekerjaan dan persaingan dalam ekonomi yang pesat berubah dan global



- Mengesahkan keperluan Singapura untuk kekal terbuka dan terhubung dengan dunia supaya dapat berkembang dan makmur



- Menyokong tindakan pemerintah untuk menguruskan bilangan tenga kerja asing, memastikan layanan adil oleh majikan dan melabur dalam pendidikan dan peningkatan kemahiran, demi mewujudkan lebih banyak pekerjaan baik untuk rakyat Singapura.



- Menyeru pemerintah supaya terus mengemas kini dan membaiki dasarnya bagi menjamin kesejahteraan dan sumber pendapatan warga Singapura dalam dunia pasca pandemik yang tidak menentu,



- Menyesali usaha menyebarkan maklumat salah mengenai perjanjian perdagangan bebas seperti Ceca Singapura-India, membangkitkan sentimen perkauman dan xenofobia, serta menimbulkan ketakutan dan keresahan dalam kalangan warga Singapura



PSP pertama kali mengumumkan niatnya untuk membahaskan dasar pengambilan pekerja dan Ceca pada Jun lalu.



Pada bulan seterusnya, Menteri Tenaga Manusia, Tan See Leng dan Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, menyampaikan kenyataan peringkat menteri di Parlimen mengenai pentingnya perjanjian perdagangan bebas dan berusaha menangkis dan menjelaskan maklumat palsu mengenai Ceca.



Mereka juga menekankan bahawa perubahan jumlah pekerja asing dijangkakan, sejajar dengan perubahan dasar dan keperluan industri.



Dalam hujahnya, Encik Leong berkata PSP tidak bersetuju yang Ceca memberikan manfaat sepenuhnya kepada Singapura pada ketika ini dan lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk meneliti sumbangan perjanjian itu terhadap kehadiran ramai warga asing dari India.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >