Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua wanita diberkas berkaitan tipu cinta dalam talian

Jul 21, 2016 | 02:42 PM



DUA wanita berusia 31 dan 40 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu penipuan cinta dalam talian.



Pada Ahad (17 Julai), polis menerima laporan mengenai satu kes penipuan dalam talian.



Mangsa, 41 tahun, berkenalan dalam talian dengan seorang lelaki tidak dikenali pada Mei dan diyakinkan kononnya beliau sedang menjalin cinta, kata polis dalam satu kenyataan pada Khamis (21 Julai).



Beliau akhirnya diyakinkan supaya memindahkan hampir £43,500 ($78,000) ke sebuah akaun bank di luar negara pada dua masa, sebelum dinasihatkan oleh seorang rakan supaya membuat laporan polis.



Berdasarkan siasatan pegawai Polis Divisyen Bedok, identiti suspek dikenal pasti dan mereka berdua ditangkap di Bedok Road pada Isnin.



Wang tunai berjumlah $20,000 didapatkan semula daripada salah seorang suspek, kata polis.



Siasatan masih berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >