Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua wanita didenda $3,000 seorang kerana hina pegawai polis tambahan

Sep 08, 2021 | 05:03 PM



MANGSA hanya menjalankan tugasnya tetapi terpaksa menghadapi hinaan seperti "cakap baik-baik dengan orang kaya, kamu perempuan miskin".


Kata-kata itu dikeluarkan oleh dua wanita setelah seorang pegawai polis tambahan menegur mereka kerana merokok di luar kawasan yang dikhususkan.


Koh Lee Yen, 50 tahun, dan Chee Kam Fah, 49 tahun, masing-masing didenda $3,000 pada Rabu (8 Sept).


Mereka mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan kata-kata menghina terhadap pekerja perkhidmatan awam.


Rekod Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat menunjukkan Koh dan Chee adalah pemegang saham dan pengarah peruncit barang kemas Gold Star Resources.



Mereka juga memegang saham dalam syarikat lain sementara Chee adalah pengarah dalam pelbagai syarikat.


Mahkamah diberitahu kejadian itu berlaku pada 21 September lalu, di luar pusat beli-belah Lucky Plaza di Orchard Road.


Cik Asyikah Suri Kamsari bertugas dengan rakannya di kawasan itu. Beliau diberi kuasa di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) bagi mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pesalah kesihatan awam.


Beliau melihat Koh dan Chee merokok di luar kawasan yang dikhususkan dan mendekati mereka bagi mengambil maklumat peribadi mereka, supaya beliau dapat menyaman mereka.


Kedua-dua wanita itu mula menghina mangsa sedang beliau mengambil butiran Koh.


Mereka menyatakan ungkapan seperti "gaji kamu berapa, cuma satu ribu sebulan saya rasa" dan "perempuan gila, lebih baik balik dan peluk bantal kamu dan menangis, gaji kamu tidak cukup buat saya beli bantal...".


Chee juga menggunakan kata-kata kesat sementara Koh turut memarahi pegawai tersebut dalam bahasa Mandarin dan Kantonis.


Chee kemudian menayangkan wang kertas $1,000 kepada mangsa, sedang Koh berkata: "Kamu baik diam dan ambil duit ini."


Meminta mahkamah mengenakan denda antara $3,000 dengan $4,000 bagi setiap wanita, Pegawai Pendakwa Raya Nasri Haron berkata penganiayaan itu berlanjutan dan "bertujuan menghina dan merendahkan".


"Mangsa hanya menjalankan tugasnya," tambah beliau.


Kedua-dua wanita itu berkata mereka rasa tertekan ketika itu.


Koh berkata dia marah kerana melihat Cik Asyikah membiarkan dua lelaki pergi walaupun menahan mereka bagi kesalahan serupa merokok di luar kawasan yang dikhususkan.


Tetapi Hakim Daerah Jasbendar Kaur berkata itu adalah perkara yang berbeza daripada menggunakan kata-kata menghina terhadap pegawai itu.


Hakim juga berkata tekanan bukanlah alasan bagi wanita-wanita itu menghina mangsa.


Bagi kesalahan menggunakan kata-kata menghina terhadap pekerja perkhidmatan awam, Koh dan Chee masing-masing boleh dipenjara hingga satu tahun, atau denda hingga $5,000, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >