Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua wanita dipenjara curi $570,000 daripada majikan

Jan 30, 2021 | 05:30 AM



DUA wanita yang bekerja di syarikat menjual motosikal Mah Pte Ltd telah dipenjara kerana mencuri hampir $570,000 daripada majikan mereka.



Kamalasari Kamaludin, 36 tahun, dan Sayeeda Nafisa Osman, 38 tahun, kededuanya warga Singapura, telah mengambil wang ansuran bagi pembelian motosikal yang dibayar oleh sekurang-kurangnya 457 pelanggan.



Wang itu digunakan bagi perbelanjaan peribadi dan kededuanya tidak menggantikan wang yang diambil itu, mahkamah diberitahu.



Semalam, Kamalasari dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan empat bulan setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah.



Dia juga mengaku bersalah kepada dua lagi tuduhan menguruskan wang yang dicuri itu.



Sayeeda pula telah ditangani lebih awal lagi dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan 10 bulan.



Kededua wanita itu melakukan kesalahan tersebut antara September 2014 dengan November 2015.



Mereka berhenti bekerja di syarikat itu pada November 2015 setelah perbuatan mereka itu terbongkar.



Semalam, Timbalan Pendakwa Raya Chng Luey Chi memberi butiran bagaimana wanita-wanita itu mengambil wang tersebut dengan memberitahu majikan mereka pelanggan tidak melunaskan bayaran ansuran.



Kamalasari bertugas di jabatan perundangan syarikat itu dan antara lain menyediakan dokumen mengenai pelanggan yang gagal melunaskan bayaran ansuran kepada firma tersebut.



Sayeeda pula bekerja sebagai juruwang dan mempunyai akses bagi seluruh sistem komputer yang digunakan syarikat itu.



DPP Chng berkata pada 2014, Sayeeda telah meminta Kamalasari supaya meminjamkan wang kepadanya. Namun Kamalasari berkata beliau tidak mempunyai wang simpanan dan kededuanya mula berkomplot untuk mencuri wang dari majikan mereka.



"Mereka mengambil bayaran ansuran berupa wang tunai daripada pelanggan... dan Sayeeda akan memberikan pelanggan resit bertulis dan tidak merakamkan pembayarannya itu dalam komputer yang akan mengeluarkan resit secara automatik.



"Ini memastikan pembayaran itu tidak dirakam dalam sistem. Mereka kemudian menyimpan wang yang diberi oleh pelanggan dan membahagikannya antara satu sama lain," kata DPP Chng.



DPP Chng berkata Kamalasari mengalih lebih $200,000 ke akaun banknya pada 2014 dan 2015.



Bagi setiap tuduhan pecah amanah, pesalah boleh dipenjara hingga 15 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >